BERITA TERKINI   Bank Rakyat umum bayar dividen 18 peratus berjumlah RM534.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 | Golden Destinations yang baru disenaraikan di Pasaran ACE, dibuka pada 49 sen iaitu premium empat sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) dengan 15 juta saham diniagakan  | 

Maybank Lantik Malique Firdauz Sebagai Pemangku CFO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Maybank mengumumkan pelantikan Malique Firdauz Ahmad Sidique sebagai pemangku Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) berkuat kuasa hari ini.

Menurut Maybank dalam satu kenyataan hari ini, ketika ini Malique merupakan Ketua Pegawai Kewangan Maybank Islamic.

“Proses untuk mengenal pasti CFO kumpulan yang baharu akan dimulakan serta-merta dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. 

Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Maybank mengumumkan Khalijah Ismail ditamatkan perkhidmatannya sebagai CFO berkuat kuasa hari ini susulan siasatan dalaman bank tersebut.

“Lembaga pengarah akan membuat pengumuman diperlukan sebaik sahaja CFO kumpulan yang baharu dilantik,” katanya. 

-- BERNAMA