BERITA TERKINI   KLFA perkukuh kerjasama dengan KBS dalam pembangunan jurulatih dan program belia - Fahmi | KLFA sedang kukuh kerjasama dengan KPM dalam memperkasa bola sepak di peringkat sekolah - Fahmi | PM Anwar umum dana RM1 juta kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | Tiga ladang ternakan babi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan positif penyakit demam babi Afrika - Pengarah JPV Negeri | 

Solarvest Peroleh Kontrak EPCC Daripada SV Flux Bernilai RM103.08 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Solarvest Holdings Bhd (Solarvest), iaitu Atlantic Blue Sdn Bhd (Atlantic Blue) memeterai kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dengan SV Flux Sdn Bhd (SV Flux) bernilai RM103.08 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Solarvest berkata kontrak itu membabitkan pembinaan kemudahan penjanaan tenaga solar fotovoltaik di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Menurut syarikat itu, Atlantic Blue akan memulakan kerja-kerja selepas menerima notis daripada SV Flux dan pada masa sama memastikan ia siap selewat-lewatnya pada 31 Julai, 2027.

Katanya, kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada aset bersih dan pendapatan sesaham  kumpulan Solarvest bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 dan seterusnya sehingga projek itu siap sepenuhnya. 

-- BERNAMA