BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turunĀ 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

Syarikat Penerbangan Tempatan Tidak Batal Penerbangan Susulan Gempa Bumi Myanmar

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia tidak membatalkan mana-mana penerbangan susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat.

Bercakap kepada Bernama, AirAsia mengesahkan bahawa tiada penerbangan harian ke Myanmar dan Thailand dibatalkan, dengan Thailand turut merasakan gegaran itu.

Sementara itu, Batik Air Malaysia turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada penerbangan  dibatalkan.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu dilaporkan mengalami sedikit kelewatan akibat gempa bumi berkenaan dan kini kembali beroperasi seperti biasa.

Kedua-dua syarikat penerbangan itu memaklumkan sedang memantau rapat keadaan berkenaan dan akan memberikan maklumat terkini seterusnya sekiranya perlu.

Malaysia Airlines turut mengesahkan tiada gangguan yang berlaku kepada penerbangannya susulan gempa bumi berkenaan.

Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 pada kedalaman 10 kilometer itu berlaku kira-kira 12.50 tengah hari (06:20:54 GMT).

Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 16 kilometer di utara barat laut Sagaing.

-- BERNAMA