BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu ikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa - PM Anwar | Puasa satu ujian keikhlasan, disiplin dan integriti - PM Anwar | 

Sapura Energy Peroleh Kontrak Fasiliti Luar Pesisir Bernilai RM40 Juta

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Fabrication Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM40 juta untuk perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian kemudahan luar pesisir di Semenanjung Malaysia.

Sapura Fabrication, di bawah bahagian perniagaan operasi dan penyelenggaraannya (O&M), akan menjalankan kerja meliputi penyelenggaraan utama bahagian atas, penambahbaikan kemudahan, penyambungan dan pentauliahan untuk kemudahan medan minyak pasca gerudi dan medan minyak akan digerudi, penyelenggaraan riser, penyelenggaraan sistem perangkap perpaipan serta penyelenggaraan tempat tinggal.

“Ini termasuk pengurusan projek, kejuruteraan dan pengurusan pembinaan untuk kedua-dua aktiviti di darat dan luar pesisir, serta penyediaan peralatan dan perkhidmatan yang berkaitan,” kata Sapura Energy dalam satu kenyataan.

Kontrak itu yang berkuat kuasa pada 10 Mac 2025 itu adalah untuk tempoh selama enam bulan, dengan pilihan lanjutan selama enam bulan lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy untuk O&M Nasri Mehat berkata kumpulan itu sentiasa berwaspada dalam memastikan kemudahan pelanggan kekal selamat dan beroperasi pada kecekapan yang optimum.

“Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan berterusan daripada pelanggan kami dan kekal komited sepenuhnya untuk memberikan kecemerlangan dengan standard keselamatan tertinggi,” katanya.

-- BERNAMA