BERITA TERKINI   Nilai ambang persetujuan dalam RUU Pembaharuan Semula Bandar akan dipinda selepas ambil kira pandangan pelbagai pihak - Nga | Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 | PM Anwar suarakan kebimbangan terhadap kemerosotan kepercayaan dan persefahaman dalam kalangan pemimpin politik mengenai makna sebenar keadilan dan kemanusiaan | PM Anwar meminta pemimpin agama untuk bersatu dalam mempertahankan kemanusiaan | Gangguan elektrik KLIA2: Pengurusan MAHB dan gateway@klia2 diarah siap laporan dalam masa 24 jam - Loke | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan kenaikan niaga hadapan getah serantau didorong oleh niaga hadapan getah Shanghai yang meningkat, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh kebimbangan mengenai kekurangan bahan mentah berikutan musim daun gugur di negara-negara pengeluar getah asli dan keyakinan yang meningkat mengenai potensi langkah rangsangan ekonomi China. 

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan ketegangan perdagangan China-AS yang meruncing, meningkatkan ketidaktentuan ekonomi global,” katanya kepada Bernama.

Setakat 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 5.5 sen kepada 762.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal kekal tidak berubah pada 657 sen sekilogram.

-- BERNAMA