BERITA TERKINI   RUU Perolehan Kerajaan tidak sama sekali menambah kuasa, sebaliknya mengehadkan kuasa Menteri Kewangan dengan memperkenalkan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh - Amir Hamzah | 98.8 peratus daripada sasaran 500,000 pembinaan rumah mampu milik dicapai dalam RMK12 - PM Anwar | RUU Pembaharuan Semula Bandar perlu dilaksanakan bagi bina kediaman lebih selesa untuk rakyat - PM Anwar | Kerajaan beri tumpuan kepada projek keutamaan seperti NSS dan JS-SEZ tanpa meminggirkan pembangunan di negeri lain dalam Kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 - PM Anwar | Kerajaan pastikan agihan adil kepada negeri untuk pembangunan dan kesalinghubungan digital - PM Anwar | 

Pelabur Asing Teruskan Belian Di Bursa Malaysia Dengan Aliran Masuk RM422.6 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan aliran masuk bersih ke Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM422.6 juta minggu lepas, walaupun lebih rendah berbanding RM853.3 juta pada minggu sebelumnya.

Menurut Laporan Aliran Dana oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd pada minggu berakhir 9 Mei, pelabur asing merupakan pembeli bersih pada setiap hari dagangan kecuali Isnin dan Khamis, yang mencatatkan aliran keluar, masing-masing sebanyak RM92.4 juta dan RM42.4 juta. 

Katanya aliran masuk bersih tertinggi dicatatkan pada Rabu sebanyak RM364.8 juta, diikuti Jumaat sebanyak RM135.1 juta. 

“Tiga sektor yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM253.3 juta), telekomunikasi dan media (RM53.3 juta) serta perkhidmatan kewangan (RM51.1 juta). 

“Hanya dua sektor yang mencatatkan aliran keluar asing bersih iaitu tenaga (RM57.5 juta) dan teknologi (RM56 juta),” katanya.

Menurut MIDF, institusi tempatan meneruskan aliran jualan bersih mereka untuk tiga minggu berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar sebanyak RM397.8 juta. 

Katanya pelabur runcit tempatan meneruskan trend jualan bersih mereka untuk minggu keempat, walaupun aliran keluar berkurangan kepada RM24.8 juta daripada RM161.2 juta pada minggu sebelumnya. 

“Purata jumlah dagangan harian mencatatkan peningkatan yang menyeluruh minggu lepas, dengan institusi tempatan dan pelabur runcit tempatan, masing-masing meningkat sebanyak 8.6 peratus dan 2.9 peratus manakala pelabur asing naik sebanyak 6.1 peratus,” katanya.

-- BERNAMA