BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Ekspo Taiwan 2025 Pamer Produk Inovasi AI 32 Syarikat -- TAITRA

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ekspo Taiwan yang bakal diadakan bermula 23 hingga 25 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan disertai 32 syarikat kecerdasan buatan (AI) Taiwan yang mempamerkan teknologi terkini merentas pelbagai sektor.

Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) selaku penganjur dalam satu kenyataan hari ini berkata Taiwan sedang memacu inovasi perindustrian dengan industri semikonduktor terkemuka dan kepakaran teknologinya, manakala Malaysia semakin berkembang sebagai hab pusat data di Asia Tenggara serta giat meneroka peluang dalam rantaian nilai teknologi.

Menurut TAITRA, zon inovasi AI turut diperkenalkan buat julung kalinya dalam Ekspo Taiwan bagi mempamerkan ekosistem AI Taiwan dan kehebatan bidang pengkomputerannya.

“Lawatan berpandu khas akan disediakan dengan bantuan Robot Collibot dan pengunjung berpeluang mengalami pengalaman sebenar teknologi AI Taiwan,” katanya.

Selain itu, TAITRA berkata pengunjung juga boleh menyertai Seminar Peningkatan Pintar: Teknologi dan Aplikasi AI Taiwan pada 24 Jun yang menampilkan wakil dari 11 firma AI terkemuka di Taiwan, dengan tumpuan kepada potensi meluas AI untuk meningkatkan kehidupan harian dan industri.

“Acara pelancaran produk lain termasuk ‘Greener Together: Taiwan’s Eco Future; A New Vision for Healthy Living; Stylish Living: Aesthetics of Home Life; and Taiwan Tech Forward: Solutions for a Connected World’ yang akan menyaksikan lebih 50 syarikat dari Taiwan berkongsi produk terbaharu mereka,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di https://mys.taiwanexpoasean.com/en/index.htmlatau Facebook di https://www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/

-- BERNAMA