BERITA TERKINI   Keuntungan Tahun Kewangan 2025 Sime Darby turun 37.7 peratus kepada RM2.06 bilion berikutan tiada sumbangan daripada keuntungan jualan segmen penjagaan kesihatan | Dua maut, lima cedera dalam kebakaran rumah di Batu 36, Jalan Pontian, Johor pagi tadi - Bomba | Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sah letak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia - FAM | Timbalan Presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi dinamakan Pemangku Presiden FAM berkuat kuasa serta-merta - FAM | Gempa bumi lemah 3.2 magnitud di Segamat pagi ini susulan kejadian gempa di daerah sama 24 Ogos lalu - KP MetMalaysia | 

Maxis Lancar Slogan Baharu ‘Esok Bermula Hari Ini’

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, Maxis hari ini melancarkan janji jenama (slogan) baharunya, ‘Esok Bermula Hari Ini’, menandakan transformasi yang mencerminkan komitmennya untuk memacu inovasi dan memberi pengalaman digital yang kalis masa hadapan untuk rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng berkata hala tuju slogan baharu itu adalah mesej kukuh kepada individu dan perniagaan untuk mengambil langkah pertama ke arah membina masa depan lebih cerah dengan Maxis yang sentiasa berada bersama mereka pada setiap peringkat.

“Slogan ‘Esok Bermula Hari Ini' ialah misi yang menjelaskan apa kami lakukan di Maxis. Kami menyasarkan untuk memberi inspirasi kepada semua orang untuk meneruskan minat mereka dan membina masa depan mereka dengan penuh keyakinan. Kami akan sentiasa bersama mereka (pelanggan Maxis), menghubungkan mereka pada detik-detik penting," katanya dalam satu kenyataan.

Maxis berkata janji jenama itu akan direalisasikan menerusi beberapa siri kempen dan inisiatif merentas semua titik sentuhan pelanggan, bermula dengan filem diilhamkan berdasarkan kisah benar, mengisahkan seorang pembuat roti yang mengubah minatnya menjadikan perniagaan yang berkembang maju dengan mengambil setiap peluang tersedia.

Syarikat telekomunikasi itu berkata ia kekal komited untuk menyediakan pengalaman digital boleh dipercayai, selamat dan lancar, dikuasakan oleh rangkaian konvergen nombor satunya yang meliputi lebih 95 peratus penduduk.

"Kesalinghubungan bukan sekadar teknologi. Ia mengenai memperkasakan individu, keluarga dan perniagaan untuk mengambil peluang tersedia dan memanfaatkannya pada setiap saat," kata kenyataan itu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai “Esok Bermula Hari Ini”, lawati www.maxis.com.my/en/about-maxis/tomorrow-begins-today.

-- BERNAMA