BERITA TERKINI   PM Anwar zahir simpati kepada lebih 50 mangsa terlibat dalam kejadian titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai - PMO | PM Anwar arah peruntukan disediakan bagi ganti titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan yang runtuh semalam - PMO | Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028 - Azalina | Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | 

AmBank Turun Kadar Asas Standard, Pinjaman Berkuat Kuasa 14 Julai

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank) akan menurunkan Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR) dan Kadar Asas (BR) berkuat kuasa 14 Julai, 2025.

Dalam satu notis di laman sesawangnya, AmBank berkata SBR akan dikurangkan daripada 3.0 peratus setahun kepada 2.75 peratus, manakala BLR/BFR akan disemak daripada 6.70 peratus kepada 6.45 peratus.

Katanya, BR akan disemak daripada 3.85 peratus kepada 3.60 peratus.

“Bagi tujuan illustrasi dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa, kadar faedah atau keuntungan berkesan untuk pinjaman 30 tahun atau pembiayaan RM350,000 tanpa tempoh penguncian ialah 4.0 peratus setahun (SBR+1.25 peratus),” kata AmBank.

Pelanggan boleh menghubungi pusat hubungan bank di talian 03-2178 8888 dari 7 pagi hingga 11 malam atau emel customercare@ambankgroup.com bagi mendapatkan bantuan.

-- BERNAMA