BERITA TERKINI   PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia - PM Anwar | Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | Krisis Tenaga Global: ERL perkenal MyKLIA Monthly Travel Card bagi rakyat Malaysia bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 -- Loke | 

Institusi Tempatan Terus Catat Aliran Belian Untuk Minggu Kelapan Berturut-turut - MIDF

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Institusi tempatan terus mencatatkan aliran belian untuk minggu kelapan berturut-turut, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Aliran masuk bersih dicatatkan berjumlah RM463.9 juta pada minggu berakhir 11 Julai, peningkatan ketara daripada RM61.0 juta pada minggu sebelumnya, katanya dalam Laporan Aliran Dana mingguannya.

Menurut MIDF Amanah, peruncit tempatan juga kembali mencatatkan belian bersih selepas dua minggu merekodkan jualan bersih, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM52.7 juta.

“Purata jumlah dagangan harian menyaksikan penurunan yang menyeluruh pada minggu lepas.

“Peruncit tempatan dan institusi tempatan, masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 1.6 peratus dan 12.9 peratus manakala pelabur asing merekodkan kemerosotan sebanyak 8.3 peratus,” katanya.

Sementara itu, MIDF melaporkan pelabur asing beralih kepada jualan bersih selepas dua minggu berturut-turut mencatatkan belian bersih, dengan jumlah aliran keluar sebanyak RM516.6 juta.

Katanya dana asing merupakan penjual bersih sepanjang lima hari dagangan, dengan aliran keluar harian daripada RM10.1 juta hingga RM272.3 juta.

Aliran keluar terbesar dicatatkan pada Isnin sebanyak RM272.3 juta, diikuti pada Jumaat sebanyak RM103.6 juta. Aliran keluar terendah adalah pada Selasa sebanyak RM10.1 juta.

Menurut MIDF, tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM52.5 juta), hartanah (RM35.4 juta) serta pengangkutan dan logistik (RM32.1 juta).

“Sektor yang mencatatkan aliran keluar asing bersih terbesar ialah perkhidmatan kewangan (RM237.6 juta), telekomunikasi dan media (RM142.7 juta) serta pembinaan (RM89.1 juta),” katanya.

-- BERNAMA