BERITA TERKINI   MB Johor nafi desas-desus pembubaran DUN berlaku hari ini | Wartawan perlu dibenarkan bekerja secara profesional dengan pendekatan lebih berhemah oleh pihak berkuasa - Teo Nie Ching | Pihak berkuasa harus mengutamakan dialog berbanding penahanan dan menyelesaikan pertikaian melalui Majlis Media Malaysia untuk menambah baik perundangan kewartawanan -Teo Nie Ching | Forum Media HAWANA penting, memberi ruang untuk mencorakkan masa depan kewartawanan - Teo Nie Ching | Tabung Kasih@HAWANA beri manfaat kepada 728 pengamal media, jumlah sumbangan sebanyak RM1.94 juta setakat 30 April 2026 - Teo Nie Ching | 

Sunway Marketing Lancar Zeekr Space, Pusat Servis Bernilai RM10 Juta Di Bandar Sunway

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Sunway Marketing Sdn Bhd (Sunway Marketing), rakan kongsi pengedar Zeekr Malaysia yang dilantik, telah melancarkan Zeekr Sunway secara rasmi hari ini, di tengah-tengah Bandar Sunway, Kuala Lumpur. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Sunway Marketing berkata Zeekr Space Sunway City menampilkan dua titik sentuh pelanggan sepenuhnya, meliputi setiap peringkat proses pemilikan untuk jenama kenderaan elektrik (EV) mewah jenama Zeekr di Malaysia.

“Ia terdiri daripada Zeekr Space Bandar Sunway dan Pusat Servis Zeekr Sunway, yang kedua-duanya dibangunkan dengan gabungan pelaburan lebih RM10 juta bertujuan meningkatkan pengalaman bagi bakal pelanggan Zeekr Malaysia serta pemilik kenderaan sedia ada.

“Terletak di sepanjang Persiaran Lagoon, Zeekr Space Bandar Sunway berkeluasan 11,100 kaki persegi di lokasi yang pernah menempatkan helipad ikonik Bandar Sunway Kuala Lumpur, dan bilik pameran utama dengan enam ruang paparan, bagi memastikan pelanggan boleh merasai pengalaman model terbaharu Zeekr yang berada di pasaran, seperti Zeekr X dan Zeekr 009, sepanjang masa,” katanya.

Selain itu, katanya, dua ruang penghantaran khusus turut disediakan bagi membolehkan pelanggan merakam pengalaman hari pertama dengan jenama baharu Zeekr mereka.

Zeekr Space Bandar Sunway dilengkapi dengan kemudahan seperti ruang istirehat pelanggan yang premium supaya pelanggan boleh berehat dengan selesa, stesen perbincangan yang memudahkan interaksi dengan kakitangan jualan dan pakar produk.

Ia juga termasuk empat titik pengecasan arus ulang alik untuk kemudahan pengguna EV, dengan tambahan pengecasan arus terus yang akan diperkenalkan pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Trading and Manufacturing Yeoh Yuen Chee berkata pelancaran Zeekr Sunway itu amat bermakna kerana ia mewakili pencapaian progresif bagi jenama Zeekr di Malaysia dan Bandar Sunway City Kuala Lumpur secara keseluruhan.

“Lebih daripada pengembangan bagi perniagaan automotif kami, pelancaran serentak Zeekr Space Bandar Sunway dan Pusat Servis Zeekr Sunway sejajar dengan komitmen kami untuk menjadikan pemilikan Kenderaan Tenaga Baharu Premium Zeekr (NEV) terbaharu sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan, mampan dan mudah bagi masyarakat di Sunway serta sekitarnya,” katanya.

-- BERNAMA