Hunan Yuneng Pilih Malaysia Sebagai Hab Pengeluaran Bateri Litium

SEREMBAN, 8 Ogos (Bernama) -- Pengeluar bateri China terkemuka, Hunan Yuneng New Energy Battery Material Co Ltd (Hunan Yuneng) secara rasmi telah mengumumkan penubuhan fasiliti pembuatan Asia Tenggaranya yang pertama di Malaysia. 

Kilang serba canggih itu terletak di SPD Tech Valley, Senawang itu dikhususkan untuk mengeluar bahan katod bateri litium. Ini merupakan projek pertama Hunan Yuneng di Malaysia, yang dijangka akan mewujudkan lebih daripada 200 peluang pekerjaan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid menyatakan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) oleh syarikat itu dengan Invest Neri Sembilan dan SPD Tech Valley Sdn Bhd mewakili satu usaha penting dalam usaha Malaysia membangunkan sektor tenaga bersih.

“MoU ini menandakan satu peristiwa penting yang sejajar dengan pelan transformasi perindustrian jangka panjang Malaysia di bawah Pelan Malaysia ke-13 (RMK 13) serta Rancangan Industri Industri Baharu 2030. 

“Kami telah mengenal pasti kemampanan, inovasi termasuk teknologi canggih sebagai tonggak utama yang mendorong pertumbuhan negara dan pelaburan oleh syarikat ini adalah selari dengan semua keutamaan yang dirancangkan. MIDA bersedia untuk menyokong projek tersebut dengan pelbagai perkhidmatan fasilitasi dan inisiatif pembangunan ekosistem kami,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

MoU itu ditandatangani antara Ketua Pegawai Operasi Invest Negeri Sembilan, Datuk Najmuddin Sharif Sarifon, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hunan Yuneng, Liang Kai dan Ketua Pegawai Eksekutif SPD Tech Valley, Ten Wee Seong, yang disaksikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sikh Shamsul berkata kepakaran teknikal Hunan Yuneng, digabungkan dengan perkongsian tempatan yang mantap, mampu mengukuhkan peranan Malaysia dalam rantaian nilai tenaga global.

Sementara itu, Liang memberitahu Malaysia telah berjaya menarik kelompok perusahaan China yang semakin meningkat dalam industri bateri tenaga baharu untuk menubuhkan operasi di negara ini. Kemudahan syarikat itu di Malaysia akan berfungsi sebagai batu loncatan strategik kepada Hunan Yuneng dalam pengembangannya ke seluruh Asia Tenggara.

“Penyertaan Hunan Yuneng akan mengukuhkan ekosistem bateri tenaga baharu Malaysia, meningkatkan kedudukan negara sebagai hab industri yang komprehensif di rantau ini,” katanya.

-- BERNAMA