Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat pada tengah hari seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif berikutan sentimen pasaran bertambah baik selepas data inflasi Julai Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, pada 2.7 peratus, mengukuhkan harapan untuk penurunan kadar faedah pada September.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 17.24 mata kepada 1,585.14 daripada 1,567.90 pada Selasa.

Indeks utama dibuka tinggi 1.17 mata kepada 1,569.07 dan bergerak antara 1,569.07 dan 1,590.61 pada sesi dagangan pagi.

Pasaran secara menyeluruh positif dengan 627 kaunter untung mengatasi 308 kaunter rugi, manakala 464 kaunter tidak berubah, 1,123 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.64 bilion unit bernilai RM1.52 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata minat belian yang kukuh dilihat di seluruh pasaran saham Wall Street semalaman, didorong oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS), lebih rendah daripada jangkaan, atas faktor ini ia mungkin Rizab Persekutuan (Fed) AS menurunkan kadar faedah pada bulan depan.

“Kami berpendapat pasaran secara keseluruhan akan menyaksikan minat belian berterusan, memandangkan persekitaran kadar faedah yang semakin mereda.

“Dengan petunjuk positif dari Wall Street, Malacca Securities menjangkakan sokongan belian akan berlaku di pasaran tempatan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 12.0 sen kepada RM9.83, Public Bank meningkat 4.0 sen kepada RM4.44, Tenaga Nasional melonjak 22 sen kepada RM13.80, CIMB menokok 17.0 sen kepada RM7.18 dan IHH Healthcare naik 7.0 sen higher kepada RM6.89. 

Bagi saham aktif, Sersol melonjak 1.5 sen kepada 3.0 sen dan Telekom Malaysia menambah 13 sen kepada RM7.13, manakala Tanco merosot 1.5 sen kepada 71 sen, Pharmaniaga turun 0.5 sen kepada 18 sen, Classita pula tidak berubah pada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 112.56 mata kepada 11,788.06, Indeks FBMT 100 meningkat 115.62 mata kepada 11,571.80, Indeks FBM Emas Shariah menokok 96.77 mata kepada 11,762.15, Indeks FBM Mid 70 menambah 121.99 mata kepada 16,722.63 manakala Indeks FBM ACE naik 17.95 mata kepada 4,656.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 227.35 mata kepada 18,042.0, Indeks Perladangan menambah 46.85 mata kepada 7,578.66, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.89 mata kepada 160.95 dan Indeks Tenaga meningkat 0.41 mata kepada 738.79.

-- BERNAMA