BERITA TERKINI   Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantation Bhd Mohamed Zainurin Mohamed Zain ditamatkan kontrak hari ini | KDN galak orang ramai guna ID digital untuk elak pencerobohan data - Saifuddin Nasution | Penggalian semula kubur pegawai kadet Palapes akan dibuat secepat mungkin - Saifuddin Nasution | Penggalian semula kubur pelatih PALAPES akan dibuat secepat mungkin - Saifuddin Nasution | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM23.70 bilion daripada RM22.16 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut kepada RM20.59 bilion daripada RM20.94 bilion sebelum itu.

Terdahulu, bank pusat itu menjalankan dua tender repo berbalik dan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan komoditi murabahah bercagar dengan tempoh matang satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM23.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah, masing-masing untuk tempoh matang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 25 Ogos, 2025.

-- BERNAMA