BERITA TERKINI   Kementerian Pendidikan perlu lebih berusaha untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris - PM Anwar | Presiden Trump dan PM Li Qiang akan melawat Malaysia bulan depan semasa mesyuarat ASEAN, Presiden Putin sedang mempertimbangkan - PM Anwar | Perdana Menteri baharu Thailand, Anutin komited untuk memastikan keamanan dengan Kemboja - PM Anwar | PM Anwar menyifatkan ASEAN sebagai unik dan salah satu rantau paling aman di dunia | Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam protes di Nepal | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Kenaikan Comex AS

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki peningkatan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. 

Pada penutup dagangan, kontrak September 2025 meningkat kepada US$3,622.30 setiap auns troy daripada US$3,552.50 ketika ditutup pada Khamis. 

Kontrak Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,635.30 setiap auns troy daripada US$3,570.30, November 2025 naik kepada US$3,652.10 daripada US$3,587.10, dan Disember 2025 meningkat kepada US$3,672.70 daripada US$3,607.50 sebelumnya.

Pada masa sama, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 ditutup lebih tinggi pada US$3,672.70 setiap auns troy berbanding US$3,607.50 sebelumnya. 

Jumlah dagangan susut kepada 103 lot daripada 252 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 148 kontrak daripada 292 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal berada pada US$3,594.55 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 5 Sept, 2025.

Bursa Malaysia ditutup pada Jumaat lepas sempena cuti umum Maulidur Rasul.

-- BERNAMA