BERITA TERKINI   PH kesal tindakan 14 ADUN UMNO / BN Negeri Sembilan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan - Fahmi | Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Biobahan Api ditubuhkan bagi menyelaraskan pelaksanaan agenda keselamatan tenaga negara - Akmal Nasrullah | Peranan GLC dan GLIC bukan sekadar pertahan pulangan pelaburan, malah bantu perkukuh daya tahan ekonomi - Akmal Nasrulllah | Kerajaan tumpu pada sektor elektrik, industri pembinaan, pasaran buruh dan penilaian ekonomi jangka sederhana dalam mesyuarat MTEN minggu ini - Akmal Nasrullah | Pasaran ekuiti tempatan berdaya tahan dengan meningkat 1.5 peratus pada Jumaat lepas, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi negara - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan Emas Melanjutkan Keuntungan Berikutan Kelemahan Dolar US

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif melanjutkan keuntungan untuk ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan lonjakan di pasaran emas COMEX AS berikutan kelemahan dalam dolar US.

Pada penutup, kontrak September 2025 meningkat kepada US$3,664.50 setiap auns troy berbanding US $3,622.30 yang dicatatkan semasa penutupan Isnin.

Kontrak Oktober 2025 menokok kepada US$3,677.50 setiap auns troy daripada US$3,635.30, November 2025 naik kepada US$3,694.30 daripada US$3,652.10 dan Disember 2025 mengukuh kepada US$3,716.20 daripada US$3,672.70.

Pada masa yang sama, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$3,716.20 setiap auns troy berbanding US$3,672.70 sebelumnya.

Jumlah dagangan bertambah kepada 441 lot daripada 103 lot semalam, manakala kepentingan terbuka naik kepada 505 kontrak daripada 148 kontrak.

 Emas fizikal berada pada US$3,632.65 setiap auns troy berdasarkan penetapan tengah hari 8 Sept, London Bullion Market Association.

-- BERNAMA