BERITA TERKINI   Krisis Bekalan Global: Harga bahan makanan terpilih masih dalam trend pergerakan terkawal, perubahan kurang 10 peratus - Akmal Nasrullah | Krisis Bekalan Global: Kerajaan sedang urus secara berfasa, berpandukan data, libat urus bersama industri dan tinjauan di lapangan - Akmal Nasrullah | AEMM: Malaysia bantah tindakan pihak gunakan perdagangan sebagai senjata menekan negara tertentu terutama negara kecil - Mohamad | AEMM: ASEAN, EU gesa pihak terlibat konflik global segera kembali ke meja rundingan bagi tamatkan peperangan - Mohamad | Nestle (M) Bhd catat untung bersih lebih tinggi sebanyak RM205.1 juta pada suku pertama 2026 | 

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada MClean Technologies

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan berhubung aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada MClean Technologies Bhd berikutan kenaikan mendadak harga dan jumlah dagangan sahamnya pagi ini.

Selepas dibuka pada harga 47.5 sen pagi ini, saham syarikat itu meningkat sebanyak 13.97 peratus kepada paras tertinggi 53.0 sen daripada 46.5 sen ketika ditutup semalam.

Dalam satu kenyataan, bursa itu menasihatkan para pelabur untuk memberi perhatian kepada jawapan syarikat terhadap pertanyaan berkenaan yang akan disiarkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat sebelum membuat keputusan.

MClean Technologies merupakan syarikat pegangan pelaburan yang menyediakan perkhidmatan rawatan permukaan, pembersihan berketepatan dan pembungkusan produk merangkumi pemacu cakera keras dan elektronik pengguna hinggalah kepada industri minyak dan gas.

-- BERNAMA