Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Jumaat disebabkan minggu dagangan yang singkat minggu ini, di bawah paras psikologi 1,600 mata susulan ketiadaan petunjuk kukuh.

Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran turun 0.70 mata atau 0.04 peratus kepada 1,598.23 daripada 1,598.93 semalam.

Ia dibuka lebih tinggi kepada 1,598.99 dan bergerak antara 1,595.68 dan 1,600.40 sepanjang dagangan hari ini.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 565 berbanding 492, manakala 482 kaunter tidak berubah, 1,109 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.59 bilion unit bernilai RM4.16 bilion daripada 2.56 bilion unit bernilai 2.52 juta semalam.

Ketua Penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd Kenneth Leong berkata tekanan penjualan sederhana dalam saham wajaran tinggi perbankan terpilih turut mempengaruhi indeks penanda aras.

Beliau berpendapat buat masa ini, indeks utama mungkin cuba membina asas pada sekitar paras psikologi 1,600 mata sebelum meneruskan pada tahap rintangan serta-merta pada 1,611 mata, diikuti dengan 1,620 mata.

Sementara itu, Naib Presiden Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata dagangan FBM KLCI di bawah 1,600 telah adalah positif kerana pasaran akan membina asas yang lebih kukuh untuk trend meningkat seterusnya.

“Trend secara keseluruhan kekal stabil kerana menunjukkan bahawa pelabur bersikap berhati-hati, mencerminkan keyakinan pasaran asas,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun lapan sen kepada RM9.80, Public Bank berkurangan satu sen kepada RM4.24, CIMB merosot sembilan sen kepada RM7.23, Tenaga menambah 10 sen RM13.38 dan IHH menambah dua sen kepada RM7.33.

Bagi saham aktif, Focus Dynamics dan TWL masing-masing turun 0.5 sen dan 2.5 sen, Pharmaniaga turun dua sen kepada 26.5 sen, VS Industry melonjak 4.5 sen kepada 59.5 sen, manakala Malakoff tidak berubah pada 97.5 sen.

Antara kaunter rugi adalah Nestle yang merosot 28 sen kepada RM94.72, manakala Hong Leong Financial dan Sunway Construction menguncup masing-masing kepada RM16.94 dan RM6.13.

Bagi kaunter untung, MPI naik 58 sen kepada RM29.12, UWC menambah 37 sen kepada RM3.70, Petronas Gas menokok 22 sen kepada RM18.50. Sam Engineering meningkat 20 sen kepada RM4.10.

Di pasaran lebih luas, Indeks FBM Emas naik 8.53 mata kepada 11,896.43, Indeks FBMT 100 melonjak 7.06 mata kepada 11,647.31 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 48.27 mata kepada 11,963.37.

Indeks FBM 70 melonjak 63.28 mata kepada 16,743.40 manakala Indeks FBM ACE meningkat 43.75 mata kepada 4,916.43.

Mengikut sektor, Indeks Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.42 mata kepada 168.11,Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 93.66 mata kepada 18,003.30, Indeks Perladangan meningkat 11.77 mata kepada 7,744.34 dan Indeks Tenaga menokok 2.27 mata kepada 755.32.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menambah kepada 2.32 bilion unit bernilai RM3.90 bilion daripada 1.57 bilion unit bernilai RM2.26 bilion semalam.

Dagangan waran turut berkurangan kepada 627.52 juta unit bernilai RM93.26 juta daripada 641.29 juta unit bernilai RM107.66 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 626.63 juta unit bernilai RM164.47 juta berbanding 354.40 juta unit bernilai RM145.66 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 275.93 juta saham diniagakan di Pasaran Utama; produk perindustrian dan perkhidmatan (377.01 juta), pembinaan (151.54 juta), teknologi (237.10 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (124.51 juta), hartanah (341.89 juta), perladangan (29.96 juta), REIT (114.44 juta), dana tertutup (66,500), tenaga (137.15 juta), penjagaan kesihatan (190.74juta), telekomunikasi dan media (86.35 juta), pengangkutan dan logistik (94.21 juta), utiliti (167.49 juta) dan amanah perniagaan (107,000).

-- BERNAMA