BERITA TERKINI   Hanya 89 kenderaan perdagangan di Sabah dan enam di Sarawak daftar SKPS daripada 4,647 kenderaan perdagangan dianggarkan layak - Armizan | Syarikat kenderaan perdagangan diminta daftar segera SKPS untuk nikmati subsidi RON95 - Armizan | Mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95 guna pelbagai cara termasuk aplikasi syarikat minyak, bukan MyKad fizikal semata-mata - Armizan | Hanya 89 kenderaan di Sabah dan enam di Sarawak daftar SKPS daripada 4,647 kenderaan dianggarkan layak - Armizan | 

Belanjawan 2026 Pertimbang Input Daya Saing KL Sebagai Pusat Kewangan, Hab Niaga Global - MoF

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Input perbincangan mengenai daya saing Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa dan hab perniagaan global bersama pemain industri antarabangsa yang telah diadakan, akan dipertimbangkan dalam Belanjawan 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Menerusi hantaran di laman X, kementerian itu berkata sesi perbincangan itu dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Dr Shahrazat Ahmad.

Perbincangan berkenaan disertai pelbagai pemain industri antarabangsa seperti Debit Circle, HSBC, Huawei, Intrinsic SEA, Prudential Assurance, SEEK Asia, TNG Digital dan Wahed Technologies Sdn Bhd.

“Sesi perbincangan yang dianjurkan dengan kerjasama TRX City Sdn Bhd, bertujuan mendapatkan input dan pandangan sektor kewangan dan fintech (teknologi kewangan) antarabangsa (serta) ke arah usaha memperkukuh terutama daya saing negara,” katanya.

MOF berkata lokasi Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa dan hab perniagaan global akan bertumpu di kawasan Tun Razak Exchange (TRX).

-- BERNAMA