BERITA TERKINI   Speaker Rus'sele Eizan tarik balik notis pemakluman keperluan PRK bagi tiga kerusi DUN Perlis | Kerajaan Negeri Perlis isytihar esok sebagai cuti peristiwa - Menteri Besar | Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Mohamed Khaled | 

Pro-Net Catat 3,000 Tempahan Bagi e.Mas 5 Pada Minggu Pertama Pelancaran

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 3,000 tempahan dicatatkan bagi kenderaan elektrik (EV) mampu milik pertama Malaysia, Proton e.MAS 5, pada minggu pertama pelancarannya, termasuk 1,607 unit dalam tempoh 24 jam pertama.

Anak syarikat pembuat kereta nasional Proton Holdings Bhd, Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net) menjelaskan pelancaran e.MAS 5 yang memberangsangkan itu berasaskan keyakinan pasaran terhadap model Proton e.MAS 7.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata jumlah tempahan itu melebihi jangkaan pihaknya.

“Kami gembira kerana rakyat Malaysia terus memberikan kepercayaan kepada kami untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang direka khusus bagi keadaan jalan raya dan pemanduan tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat 30 Sept, 2025, e.MAS 7 kekal sebagai EV paling laris di Malaysia untuk tahun ini, dengan jualan terkumpul sebanyak 6,655 unit dan penguasaan pasaran sebanyak 24 peratus, tambah Pro-Net.

-- BERNAMA