BERITA TERKINI   Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor libat peruntukan RM130.42 juta daripada kerajaan negeri, agensi - MB | Selangor lancar Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Jun ini, langkah segera hadapi krisis tenaga global - MB  | 83 projek Bekalan Air Luar Bandar bernilai RM4.06 bilion diserah kuasa pelaksanaannya kepada kerajaan negeri Sabah - Ahmad Zahid | Sebanyak 299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial - Fahmi | Sekatan akses media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun dijangka dilaksanakan hujung Jun ini - Fahmi | 

Binastra Terima Kontrak Pemasangan Mekanikal Pusat Data Bernilai RM188.53 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd, iaitu Binastra Builders Sdn Bhd telah menerima kontrak bernilai RM188.53 juta daripada MYT DC3 Sdn Bhd bagi pemasangan mekanikal dan elektrikal fasa 2 untuk cadangan pembinaan projek pusat data.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju pembinaan dan hartanah itu berkata kontrak tersebut melibatkan pusat data setinggi enam tingkat dan kerja-kerja berkaitan di  Lot 115120, Jalan Teknologi 2, Cyber 6, Cyberjaya, Mukim Dengkil, Selangor.

“Kerja itu dijangka siap dalam tempoh empat bulan daripada tarikh permulaan.

“Kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan syarikat, tetapi ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2026 dan 2027,” tambahnya. 

-- BERNAMA