BERITA TERKINI   Pakistan minta Amerika Syarikat dan Iran supaya terus mematuhi gencatan senjata sementara selepas rundingan damai pada Sabtu di Islamabad berakhir tanpa sebarang persetujuan | 10,000 peniaga di bawah seliaan DBKL terima pengurangan kadar sewaan tapak 50 peratus hingga 2027 - Hannah Yeoh | Jemaah haji perlu kekalkan disiplin, patuhi peraturan di Tanah Suci, jaga nama baik Malaysia - Sultan Sharafuddin | Sultan Selangor nasihatkan bakal jemaah haji kawal perbelanjaan di Tanah Suci terutama dalam situasi ekonomi dunia tidak menentu | 

Malaysia Di Landasan Betul Catat Pertumbuhan Ekonomi Baik, Inflasi Rendah, Pelaburan Tinggi - PM Anwar

PETALING JAYA, 11 Feb (Bernama) -- Malaysia berada pada landasan yang betul dengan mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik, inflasi rendah serta pelaburan yang tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sehubungan itu, pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk terus mengukuhkan ekonomi negara, berpaksikan politik yang stabil serta negara yang aman.

"Bagi mengangkat Malaysia menjadi negara maju dari segi ekonomi...digital, maka rakyat dan peniaga juga perlu dinamik untuk melakukan beberapa anjakan (memajukan ekonomi)," kata beliau ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini malam ini.

Beliau berkata kerajaan akan melaksanakan beberapa pendekatan seperti bantuan kepada syarikat serta perusahaan kecil dan sederhana untuk membantu melonjakkan perniagaan mereka di negara ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata pimpinan kerajaan turut mendengar setiap permasalahan yang diutarakan rakyat seperti isu komitmen kerajaan dalam pembayaran balik cukai terlebih bayar.

-- BERNAMA