Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan dalam kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.14 pagi, kontrak Februari 2026 turun 8.5 mata kepada 1,749.50, Mac 2026 merosot 7.5 mata kepada 1,730.50, Jun 2026 susut 8.0 mata kepada 1,735.0 dan September 2026 menguncup 3.0 mata kepada 1,726.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,239 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,410 kontrak.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.24 mata kepada 1,751.87 selepas 33 minit dagangan daripada 1,752.1 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA