BERITA TERKINI   Untung bersih Mulpha International Bhd melonjak kepada RM404.30 juta bagi tahun kewangan 2025 daripada RM70.81 juta pada tahun kewangan sebelumnya | Untung Bersih Hap Seng Consolidated Bhd susut kepada RM500.32 juta bagi Tahun Kewangan 2025 berbanding RM650.48 juta pada tahun sebelumnya | Untung bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd berjumlah RM384.71 juta bagi tahun kewangan 2025 berbanding RM378.14 juta pada tahun kewangan 2024 | Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2025) bagi perbelanjaan tambahan perkhidmatan berjumlah RM7.94 bilion | Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 dibayar kepada penjawat awam Pulau Pinang selewat-lewatnya 16 Mac – Ketua Menteri | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh harga minyak kacang soya yang lebih lemah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan mendadak baru-baru ini, kata seorang pedagang. 

Pedagang proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng, berkata penurunan harga minyak kacang soya CBOT memberi tekanan kepada niaga hadapan minyak sawit apabila pedagang mengunci keuntungan selepas peningkatan kukuh dalam pasaran minyak kacang soya. 

“Bagaimanapun, kadar pengeluaran yang perlahan baru-baru ini yang ditunjukkan oleh tinjauan perladangan mungkin menyokong sentimen dalam jangka masa terdekat.

“Kami melihat harga MSM disokong melebihi RM4,000 setan, dengan rintangan pada RM4,150,” katanya kepada Bernama. 

Pada penutup, kontrak Mac 2026 naik RM1 kepada RM4,018 setan, April 2026 susut RM2 kepada RM4,046 setan, dan Mei 2026 kekal tidak berubah pada RM4,053 setan.

Kontrak Jun 2026 berkurang RM1 kepada RM4,053 setan, Julai 2026 turun RM4 kepada RM4,048 setan, dan Ogos 2026 merosot RM8 kepada RM4,041 setan. 

Jumlah dagangan menyusut kepada 59,677 lot daripada 67,160 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 221,625 kontrak berbanding 223,235 sebelumnya. 

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan susut RM10 kepada RM4,060 setan. 

-- BERNAMA