BERITA TERKINI   Krisis Bekalan Global: Jaminan bekalan keperluan asas sentiasa mencukupi antara tiga strategi utama lindungi rakyat - TPM Fadillah | Krisis bekalan global: Kerajaan ambil tindakan awal pastikan rakyat kekal dilindungi dalam menghadapi gelombang kedua - TPM Fadillah | Dunia memasuki gelombang kedua krisis bekalan global, iaitu gangguan bekalan barangan berasaskan minyak dan gas - TPM Fadillah | Siri Ops Tiris berjaya catat nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM263.41 juta menerusi 6,773 kes sehingga 23 April -- KP KPDN | Kerajaan sedang mempergiat usaha mendapatkan sumber tambahan, memperluas kerjasama antarabangsa serta mencari bahan mentah alternatif bagi bahan plastik - TPM Fadillah | 

Bank Rakyat Tawar Penangguhan Bayaran Pembiayaan Kepada Mangsa Kebakaran Di Sandakan

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menawarkan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah.

Penangguhan itu melibatkan Pembiayaan Perumahan-i, Peribadi-i, Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Mikro-i, Pajak Gadai-i serta Kad Kredit-i, tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.

“Kami menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terkesan dalam tragedi kebakaran ini yang memusnahkan kira-kira 1,000 rumah.

“Tawaran penangguhan bayaran ansuran pembiayaan ini merupakan salah satu langkah proaktif Bank Rakyat yang sentiasa bersedia membantu pelanggan kami pada waktu yang sukar,” kata Bank Rakyat dalam satu kenyataan hari ini.

Bank Rakyat berharap agar mangsa yang terlibat tabah dalam menghadapi cabaran yang tidak diduga itu dan semoga bantuan penangguhan bayaran pembiayaan tersebut dapat memberikan kelegaan serta mengurangkan beban kewangan yang mereka hadapi,” tambah Bank Rakyat.

Pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas boleh memohon menerusi e-mel telerakyat@bankrakyat.com.my atau kkredit@bankrakyat.com.my bagi pemegang Kad Kredit-i.

-- BERNAMA