BERITA TERKINI   Piala Thomas: China 1 Malaysia 0: Shi Yu Qi kalahkan Leong Jun Hao 21-10, 16-21, 21-9 | GSF 2.0: Wisma Putra gerakkan usaha diplomasi antara negara untuk bebaskan aktivis rakyat Malaysia - KP SNCC | SNCC sedang teliti satu maklumat bahawa semua aktivis GSF 2.0 akan dibebaskan hari ini - KP SNCC | GSF 2.0: SNCC belum terima pengesahan status keselamatan 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia ditahan rejim Israel - KP SNCC | Kemelut Negeri Sembilan: Jangan sampai gugat usaha memulihkan ekonomi dan memelihara kepentingan rakyat - PM Anwar | 

BNM: Aset Rizab Rasmi Malaysia Pada US$126.61 Bilion Setakat Akhir Mac 2026

KUALA LUMPUR, 30 April  (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$128.29 bilion pada akhir Februari 2026.

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan aset mata wang asing lain berjumlah US$69.0 juta.

Menurut bank pusat, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah US$9.90 bilion.

"Kedudukan jualan hadapan bersih berjumlah US$23.20 bilion pada akhir Mac 2026, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang," tambah BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$3.01 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek luar jangka bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$846.4 juta.

"Rizab antarabangsa Malaysia tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

"BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," jelasnya.

Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format Piawaian Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Mac 2026 tetap boleh guna.

-- BERNAMA