BERITA TERKINI   Pengukuhan ringgit simbol keyakinan dunia terhadap kestabilan dan masa depan ekonomi Malaysia - Muhammad Kamil | Pengukuhan ringgit berterusan hasil kekuatan asas ekonomi negara dan keyakinan pelabur - Muhammad Kamil | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Berjajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Dagangan kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka berada dalam jajaran kecil dengan kecenderungan waspada antara 1,700 hingga 1,730 minggu depan, seiring dengan pasaran tunai.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata ketidaktentuan mungkin kekal tinggi memandangkan pelabur terus memantau rapat perkembangan di Asia Barat serta turun naik harga minyak mentah.

Kaunter berkaitan tenaga dijangka meraih sedikit sokongan, namun penyertaan pasaran secara keseluruhan mungkin tidak banyak berubah kerana pelabur mengambil pendekatan defensif, katanya kepada Bernama.

Dagangan kontrak niaga hadapan mencatatkan prestasi bercampur-campur dalam minggu dagangan yang singkat ini, sejajar dengan pasaran tunai.

Bursa Malaysia dan kalangan anak syarikatnya ditutup semalam Jumaat 1 Mei, 2026 bersempena dengan cuti umum Hari Pekerja.

Berasaskan Jumaat  ke Khamis, April 2026 meningkat 4.5 mata kepada 1,719.0; Mei 2026 naik 3.0 mata kepada 1,719.5; Jun 2026 menokok 2.5 mata kepada 1,718.5 dan September 2026 meningkat 6.0 mata kepada 1,701.0.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 190,023 lot daripada 44,733 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka susut kepada 43,924 kontrak daripada 45,733 kontrak.

FBM KLCI meningkat 1.68 mata pada 1,722.02 untuk mengakhiri dagangan minggu ini, daripada 1,720.34 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA