Terdapat 206 berita berdasarkan kata kunci carian " 2050"

Peralihan Tenaga Kian Pesat, Pelaburan Trilion Dolar Pacu Perubahan Global

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Usaha peralihan tenaga di seluruh dunia terus berkembang pesat walaupun dalam persekitaran geopolitik yang semakin kompleks, dengan pelaburan dianggarkan mencecah US$3.3 trilion (US$1 = RM3.95) pada tahun lepas.

Kerjasama Kukuh Teras Pacu Daya Tahan OGSE Malaysia Harungi Cabaran Global

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Keterjaminan tenaga Malaysia akan terus dipacu oleh ekosistem berdaya tahan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, terutama penggiat perkhidmatan peralatan minyak dan gas (OGSE) yang kekal menjadi komponen penting dalam rantaian bekalan industri berkenaan.

Program Biodiesel Negara Sedang Diperluas Kepada B20 Secara Berperingkat - KPK

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Program Biodiesel Negara sedang diperluaskan secara berperingkat kepada B20, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Malaysia Disaran Terus Proaktif Pastikan Selat Melaka Kekal Bebas Daripada Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia disaran terus proaktif bagi memastikan Selat Melaka kekal bebas daripada sebarang ketegangan geopolitik, memandangkan kepentingannya sebagai antara laluan perdagangan dan tenaga global yang kritikal.

Malaysia Sasar Capai Kapasiti 32 Peratus TBB Terpasang Tahun Ini - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai sasaran sebanyak 32 peratus kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) terpasang pada tahun ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Malaysia Terus Pacu Peralihan Tenaga Boleh Baharu, Integrasi Tenaga Serantau - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia akan terus beralih ke arah tenaga boleh baharu (RE) dan mengekalkan asas stabil dalam sistem tenaga yang akan menjadi peneraju kestabilan negara pada masa depan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kenaikan Harga Minyak, Insentif Cukai Percepat Peralihan Malaysia Kepada EV - Pakar

PETALING JAYA, 17 April (Bernama) -- Kenaikan harga minyak yang berkaitan dengan krisis Asia Barat dan pelaksanaan pengecualian cukai ke atas kenderaan elektrik (EV) oleh kerajaan dijangka mendorong lebih ramai beralih kepada EV, kata pakar.

Biodiesel B100 Berpotensi Jadi Alternatif Strategik Tenaga Negara

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Biodiesel B100 berasaskan sawit berpotensi menjadi alternatif strategik dalam memperkukuh keterjaminan tenaga negara khususnya dalam mengharungi ketidaktentuan bekalan bahan api global, kata Ketua Pegawai Eksekutif FGV Biotechnologies Sdn Bhd, Roziyatulshima Zamil.

Konflik Asia Barat Peringatan Malaysia Percepat Peralihan Tenaga - Ahli Akademik

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Seorang ahli akademik mengingatkan bahawa konflik di Asia Barat menjadi peringatan jelas kepada Malaysia supaya mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baharu (TBB) secepat mungkin bagi mengelakkan risiko serta tekanan kos susulan lonjakan luar jangka harga minyak mentah.

TNB Aktif Laksana Sasaran 70 Peratus Kapasiti Tenaga Boleh Baharu Menjelang 2050

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang giat melaksanakan pelan hala tuju untuk mencapai kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak  70 peratus menjelang 2050, kata Ketua Pegawai Kelestariannya Leo Pui Yong.

Pelaburan TNB Di Spark RE Sokong Matlamat Net Zero 2050

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan pandangan positifnya terhadap pelaburan strategik Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam Spark Renewable Energy (RE) di Australia, yang memperkukuh komitmen syarikat itu terhadap matlamat Net Zero 2050.

TNB Cadang Program Sukuk RM10 Bilion Dengan Tempoh 50 Tahun

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).