Terdapat 642 berita berdasarkan kata kunci carian " getah"

Top Glove Optimis Prospek Separuh Kedua 2026 Dipacu Permintaan Sarung Tangan Global

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kekal optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2026, didorong oleh pertumbuhan permintaan global yang mampan bagi sarung tangan, asas penawaran dan permintaan industri yang baik serta peningkatan kecekapan operasi.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, sejajar dengan penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang rendah, kata peniaga.

PKFZ Catat Hasil RM108 Juta Walaupun 'Pengaktifan Semula' Capai 86 Peratus

PULAU INDAH, 18 Jun (Bernama) -- Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang kini 'diaktifkan semula' pada kadar 86 peratus selepas kurang dimanfaatkan hampir dua dekad, berupaya menjana hasil sebanyak RM108 juta.

Harga SMR 20 Capai Paras Tertinggi Dalam Tempoh Sembilan Tahun Susulan Bekalan Terhad

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa sekali gus mendorong harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 mencapai paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun, menurut peniaga

Pasaran Getah Kukuh Didorong Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang ketat, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Dijangka Tidak Menentu, Trend Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu pada minggu depan, dengan sedikit penurunan disebabkan ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.

Pasaran Getah Terus Naik Berikutan Pengukuhan Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur melanjutkan momentum menaiknya untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini, dirangsang oleh keuntungan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesesakan bekalan berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.

Jualan Sektor Pembuatan Malaysia Tumbuh 9.1 Peratus Pada April Susulan Pertumbuhan Kukuh E&E

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia meningkat 9.1 peratus  tahun ke tahun kepada RM175.0 bilion pada April 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, didorong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Susut 8.8 Peratus Pada April 2026

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia menyusut sebanyak 8.8 peratus kepada 18,515 tan pada April 2026 daripada 20,310 tan pada Mac 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dalam kebimbangan mengenai permintaan yang rendah daripada sektor automotif China, kata peniaga.

PM Anwar Tarik Pelaburan Jepun Dalam Semikonduktor, AI Dan Teknologi Kuantum

Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar

TOKYO, 9 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat Jepun untuk terus memperluas pelaburan mereka di Malaysia terutamanya dalam sektor teknologi tinggi seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan industri digital.