Terdapat 245 berita berdasarkan kata kunci carian " kelulusan"

Unit Tidak Langsung Yinson Dapat Pelaburan RM4.48 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik tidak langsung Yinson Holdings Bhd, Yinson Production Offshore Holdings Ltd (YPOHL) telah memperoleh pelaburan berjumlah US$1 bilion (RM4.48 bilion) daripada konsortium firma pelaburan antarabangsa untuk memacu pertumbuhan selanjutnya. 

Kementerian Kewangan Lulus Lesen Perbankan Digital Kepada Ytl Digital Bank

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MoF) meluluskan pengeluaran lesen perbankan digital kepada YTL Digital Bank Bhd, usaha sama antara YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Ltd.

MRT Corp Anugerah Kontrak Sivil Utama LRT Laluan Mutiara Kepada SRS Consortium

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), hari ini menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama (CMC) bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 billion. 

MIDA: Mangkin Daya Tahan, Pertumbuhan Masa Depan Ekonomi Malaysia Dalam Kedinamikan Landskap Global

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Landskap pelaburan Malaysia pada 2024 sekali lagi menunjukkan daya tahan dan keupayaan menyesuai, dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berada di barisan hadapan dalam memacu pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan strategik, pembangunan modal insan, serta inisiatif ekonomi digital dan hijau.

Dialog Dapat Kelulusan Pelaburan US$235 Juta Untuk PSC Kluster Baram Junior

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Dialog Group Bhd mengumumkan pelan pembangunan dan pengabaian medan (FDAP) untuk Kontrak Perkongsian Pengeluaran Aset Medan Kecil Kluster Baram Junior (BJC SFA PSC) telah mencapai keputusan pelaburan akhir bernilai US$235 juta (US$1=RM4.50).

MOF, Kerajaan Johor Umum Pakej Insentif JS-SEZ, Pacu Pelaburan Nilai Tinggi Ke Johor

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) dan kerajaan Johor mengumumkan pakej insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang disediakan untuk menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor.

Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 Kukuh Kerjasama Kerajaan, Tingkat Tadbir Urus Data

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 adalah penting kerana ia akan membolehkan agensi kerajaan persekutuan berkongsi data dan mengukuhkan struktur tadbir urus dalam ekosistem perkongsian data.

Dua Bekas Pengarah Syarikat Didenda Salah Guna Kedudukan Untuk Bayaran Bonus

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Dua bekas pengarah syarikat didenda sebanyak RM100,000 setiap orang setelah mengaku bersalah menggunakan wang syarikat sebanyak RM200,000 sebagai pembayaran bonus kepada diri sendiri, tanpa kelulusan mesyuarat agung.

Kenanga IB Unjur TIV Meningkat Kepada 805,000 Unit Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 805,000 unit untuk industri automotif pada 2025, meningkat daripada anggaran 800,000 unit pada 2024.

Capital A Dijangka Keluar Daripada Status PN17 Menjelang Suku Pertama 2025 -- Fernandes

SEPANG, 23 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd dijangka keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama tahun depan selepas menyerahkan cadangan pelan regularisasinya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Capai 55 IPO, Tertinggi Dalam Masa 19 Tahun

 KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd meraih pencapaian penting pada 2024 apabila sebanyak 55 tawaran awam permulaan (IPO) disenaraikan di bursa, iaitu jumlah penyenaraian tertinggi direkodkan dalam tempoh 19 tahun lepas.