3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd mengagihkan makanan yang pada asalnya disediakan untuk Rumah Terbuka Aidilfitri Khazanah 2025, bagi menyokong hampir 3,000 individu yang memerlukan, susulan pembatalan acara itu sebagai menghormati pemergian bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Usahawan belia negara harus berani dan berdaya tahan demi memastikan kejayaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang beraspirasi tinggi itu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Sunsuria Bhd (Sunsuria), Sunsuria Damansara Sdn Bhd (SDSB) memeterai Perjanjian Hak Pembangunan (DRA) dengan Kwasa Development (13) Sdn Bhd (KD13) bagi projek kediaman di Sungai Buloh, Selangor.
3bulan ago
ALOR SETAR, 17 April (Bernama) -- Aman Seterra Sanctuary yang bakal dibina di Kuala Temoyong, Langkawi tahun depan bakal menjadi Perkampungan Persaraan Antarabangsa berkonsepkan Islam yang pertama di dunia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah mengukuhkan perdagangan global Malaysia dengan menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan pembekal berjumlah US$20 juta (RM87.80 juta) dengan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd untuk menyokong pengembangan kapasiti pengeluaran syarikat di Bintulu, Sarawak.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Hibiscus Petroleum Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Simpor Hibiscus Sdn Bhd, menandatangani perjanjian pembiayaan sindiket Islam jangka masa panjang US$100 juta (RM439 juta) dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Baiduri Bank.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 17 peratus berjumlah RM486.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai antara kuasa besar dalam pasaran komoditi global dengan minyak sawit, getah, kayu, koko dan lada memacu ekonominya, menumpukan usaha melancarkan perdagangan untuk memupuk kepercayaan rakan dagang sekali gus mengukuhkan perdagangan dan pembangunan pasaran.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Komuniti perniagaan mengingati Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin yang memperjuangkan dialog, kestabilan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan, menurut Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).
3bulan ago
PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia akan mempelawa Thailand iaitu pengeluar minyak sawit ketiga terbesar dunia untuk menyertai Dialog Perdagangan Perhutanan, Pertanian dan Komoditi (FACT) pada masa hadapan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kumpulan Maybank melancarkan Maybank Global Access, penyelesaian inovatif yang mengintegrasikan akaun pelbagai mata wang patuh Syariah yang dikenali sebagai Maybank Global Access Account-i dengan kad debit Mastercard World Maybank Global Access.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia naik 18.7 peratus kepada 30,005 tan metrik pada Februari 2025 berbanding 30,342 tan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).