7jam ago
PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Permintaan terhadap minyak sawit dijangka terus meningkat daripada negara pengimport tradisional komoditi itu seperti China dan India dipacu oleh ketidaktentuan geopolitik global serta keperluan keterjaminan tenaga dan makanan.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Biodiesel B100 berasaskan sawit berpotensi menjadi alternatif strategik dalam memperkukuh keterjaminan tenaga negara khususnya dalam mengharungi ketidaktentuan bekalan bahan api global, kata Ketua Pegawai Eksekutif FGV Biotechnologies Sdn Bhd, Roziyatulshima Zamil.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April Bernama) -- Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd ( KMI Healthcare), cabang penjagaan kesihatan TDM Bhd bakal mengoperasikan blok hospital pakar baharu di KMI Tawau Medical Centre, Sabah dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM72 juta.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas terjejas oleh kejatuhan dalam harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan susulan krisis di Asia Barat.
20jam ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Ringgit meningkat semula ke paras 3.95 berbanding dolar AS semasa akhir dagangan hari ini, didorong oleh jangkaan terdapat pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata penganalisis.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong optimisme baharu terhadap pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi menamatkan konflik.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi ketika mengakhiri dagangan pada Selasa, seiring dengan kenaikan yang dicatatkan pasaran serantau, apabila sentimen bertambah baik susulan optimisme terhadap potensi rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dijadualkan melawat Malaysia dari 15 hingga 17 April, yang menjadi antara usaha Malaysia untuk menguruskan risiko keselamatan tenaga dalam tempoh ketidaktentuan global yang berterusan, termasuk konflik di Asia Barat dan gangguan yang menjejaskan penghantaran melalui Selat Hormuz.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) hari ini mengumumkan bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah melantik Tan Sri Dr Soh Thian Lai sebagai Pengerusi Majlis Perniagaan Asia Timur (EABC) Malaysia.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa seiring dengan pengukuhan pasaran tunai pendasar.