4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi 2025 sebanyak 780,000 unit, meskipun penurunan 4.6 peratus tahun ke tahun jualan kenderaan bagi tempoh separuh pertama tahun ini.
4hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ahli ekonomi mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.5 dan 5.5 peratus pada suku kedua 2025, didorong sebahagiannya oleh peningkatan permintaan eksport terutamanya daripada pengimport Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan terhadap tarif yang akan dikenakan pada Ogos depan.
5hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen pasaran yang semakin baik setelah didorong oleh data ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Dasar perdagangan tidak menentu, pasaran kewangan yang rapuh dan konflik geopolitik yang berlarutan berisiko merencatkan pertumbuhan ekonomi global, demikian menurut Moody's Analytics.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasar getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini berikutan penurunan dalam harga minyak mentah selepas pasaran terjejas oleh amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas Rusia agar menamatkan Perang Ukraine dalam tempoh 50 hari selain mengancam sekatan ke atas pembeli minyak Rusia, kata seorang peniaga.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) ASEAN-6 dijangka menyederhana kepada 4.4 peratus pada 2025 dan 2026 berbanding 4.9 peratus dalam 2024, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangkakan pertumbuhan Malaysia yang sederhana kepada 4.3 peratus tahun ke tahun (y-o-y), selaras dengan kenaikan tarif dan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang lebih perlahan, menunjukkan potensi kelembapan pada suku kedua 2025 (S2 2025).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Urus niaga dalam denominasi ringgit Malaysia yang rancak akan terus mengukuhkan mata wang tempatan sebagai antara 20 mata wang utama dunia, kata seorang pegawai kanan syarikat pengurusan kekayaan.
8hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan mendatar minggu depan, dengan momentum indeks yang meningkat bergantung pada data makroekonomi utama dari China dan Amerika Syarikat (AS).
11hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus adalah langkah untuk merangsang aktiviti perniagaan dan juga mengekalkan permintaan domestik.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia masih mempunyai masa untuk berunding bagi mendapatkan terma dagangan yang lebih baik susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif kepada 1 Ogos, 2025, berbanding tarikh asal pada 9 Julai, kata CIMB Securities Sdn Bhd.