2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati dan terikat dalam julat harga tertentu pada minggu depan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati, didorong oleh bekalan yang terhad berikutan musim El Niño dan rundingan damai di Asia Barat.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan lebih rendah pada minggu depan susulan penurunan harga minyak mentah di bawah AS$100 setong, kata seorang peniaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam jajaran sempit antara US$4,680 hingga US$4,780 setiap auns troy pada minggu depan, dengan jangkaan ketegangan di Asia Barat berkurangan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mata wang ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.90 hingga RM3.95 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pertemuan penting antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan selepas indeks petunjuk pasaran FBM KLCI berjaya melepasi paras 1,750, disokong oleh minat risiko global yang lebih baik dan pasaran Wall Street yang berulang kali mencapai paras tertinggi baharu.
2hari ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina), 8 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Vietnam komited untuk memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pasaran menumpukan kepada rundingan damai Asia Barat yang sedang berlangsung, kata seorang peniaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Renewables Sdn Bhd melalui unitnya TNB Kuala Muda Solar Sdn Bhd menerbitkan sukuk bernilai RM1.05 bilion melalui Sukuk Wakalah Hijau ASEAN bagi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) untuk membiayai projek solar fotovolta (PV) di Kedah.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) hari ini akan mengagihkan sebanyak US$30 bilion (US$1 = RM3.91) menjelang 2030 untuk membantu negara ASEAN memajukan keutamaan jangka panjang dan menahan kejutan luaran.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, sejajar dengan kelemahan di pasaran tunai.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Parkson Holdings Bhd melalui anak syarikat milik 54.97 peratusnya, Parkson Retail Group Ltd (PRGL), memperbaharui pajakan hartanah runcitnya di Shanghai Hongqiao, China untuk tempoh 10 tahun lagi sehingga 31 Disember, 2036.