Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian " s1"

Untung Bersih Genting Plantation Melonjak Kepada RM323.06 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Genting Plantation Bhd (GenP) meraih keuntungan bersih lebih tinggi pada RM323.06 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024) berbanding RM253.49 juta bagi tempoh sama dalam tahun sebelumnya.

SC, ICAEW Bekerjasama Pertingkat Kemahiran Dalam Dedahan Kemampanan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memulakan usaha kerjasama dengan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) menerusi pemeteraian Surat Hasrat (LOI) berkaitan kerjasama dalam bidang khusus.

SC Akan Lancarkan Set Peralatan Bantu Syarikat Tersenarai Penuhi Pematuhan NSRF

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Bursa Malaysia Kemas Kini Keperluan Pelaporan Mampan Untuk Diselaraskan Dengan NSRF

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengemas kini keperluan pelaporan kemampanannya dalam keperluan penyenaraian Pasaran Utama dan Pasaran ACE untuk diselaraskan dengan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Nasional (NSRF).

Hong Leong Bank Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi Kepada RM1.09 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Bank Bhd meningkat 5.8 peratus kepada RM1.09 bilion pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2024 (S1 TK2025) daripada RM1.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Semak Semula Syarat Penyenaraian Sejajar Dengan NSRF

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan untuk mengukuhkan pelaporan kemampanan di Pasaran Utama dan bagi Syarat Penyenaraian (LR) Pasaran ACE, sejajar dengan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF).

Syarikat Senaraian Bursa, Firma Besar Perlu Patuh NSRF - SC

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Syarikat senaraian di Pasaran Utama dan ACE Bursa Malaysia serta firma besar tidak tersenarai  yang menjana pendapatan tahunan RM2 bilion atau lebih, perlu mematuhi standard pelaporan baharu di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).