2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah sedikit pada Rabu, dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik yang berlarutan susulan konflik di Asia Barat, meskipun berlaku aliran meningkat dalam niaga hadapan getah serantau.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatan pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau yang kukuh dalam senario kemajuan rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran, kata penganalisis.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat pada dagangan Rabu, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street ketika penurunan harga minyak memulihkan sentimen para pelabur, kata penganalisis.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.
3hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup tinggi hari ini selepas dipacu oleh kenaikan dalam harga minyak kacang soya, menurut seorang peniaga.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya kukuh berbanding mata wang utama dan unit serantau namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).
3hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan mengatasi penyusutan awal apabila ditutup tinggi dalam dagangan Selasa, didorong oleh momentum belian pada lewat tengah hari ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi hari ini, menjejaki keuntungan dalam niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah ketiadaan pembeli China dan Jepun, kata seorang peniaga.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih, kata seorang penganalisis.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia melihat bekalan tenaga atau kekurangan bahan mentah tidak mendatangkan risiko tinggi kepada industri semikonduktor pada peringkat ini, disokong oleh statusnya sebagai pengeksport gas bersih, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
3hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, mencerminkan penurunan di Wall Street berikutan ketegangan geopolitik yang kembali memuncak di Asia Barat sehingga menjejaskan sentimen pelabur, kata seorang penganalisis.
4hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari susulan pembelian merentas sektor, mencerminkan sentimen yang semakin baik dalam pasaran tempatan, kata penganalisis.