22hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dapat mengawal impak berganda terhadap semua barangan berikutan pelaksanaannya secara bersasar dan tidak menyeluruh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
24hari ago
Oleh Nurfardlina Izzati Moktar
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mengadakan sesi libat urus bersama penggiat industri minyak sawit pada Khamis ini bagi membincangkan pelbagai kekeliruan berkenaan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terutama dari segi tafsiran produk akhir.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyambut baik semakan semula Kementerian Kewangan (MoF) terhadap peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), ia sangat bermakna kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Epal dan oren dikecualikan daripada peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana buah-buahan berkenaan tidak boleh ditanam di Malaysia dan ramai rakyat Malaysia membelinya, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan selepas meneliti sentimen awam, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan peluasan skop Cukai Perkhidmatan bagi perkhidmatan kecantikan seperti rawatan kuku, rawatan wajah serta khidmat gunting rambut dan pendandan rambut.
29hari ago
PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import tertentu termasuk epal dan oren susulan maklum balas orang ramai berhubung harga buah tempatan dan import, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang memantau dengan teliti situasi geopolitik semasa dan potensi kesannya terhadap ekonomi Malaysia, terutamanya susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa permohonan pendaftaran baharu berkaitan peluasan skop cukai perkhidmatan serta semakan kadar cukai jualan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, boleh dibuat mulai 1 Ogos 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), pengeluar jenama gula bertapis nasional "Gula Prai", menyambut baik penjelasan yang dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Kewangan berhubung Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import gula mentah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd (CIMB Securities) telah mengunjurkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada Julai 2025, mempunyai kesan langsung yang terhad kepada sektor automotif.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka memberi kesan langsung terhad kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan inflasi kerana hanya menyasarkan barangan bukan perlu serta sektor perkhidmatan terpilih, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).