17hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Industri getah Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur tahun ini dengan output dan eksport termasuk permintaan luaran untuk sarung tangan menguncup, manakala komoditi lain seperti koko dan lada pula berdaya tahan.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- China Market memilih Malaysia sebagai habnya di ASEAN, sekali gus membuka peluang kepada produk perindustrian China menembusi pasaran Asia Tenggara.
17hari ago
SEREMBAN, 16 Dis (Bernama) -- Negeri Sembilan telah mengumumkan pembangunan Bandar Pembuatan AI Fotonik Termaju Nilai, inisiatif pengkomputeran fotonik dan semikonduktor berskala besar pertama seumpamanya di dunia.
18hari ago
KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- Sabah perlu membangunkan industri perikanan laut dalam secara menyeluruh berdasarkan rantaian nilai merangkumi infrastruktur pendaratan, kemudahan pemprosesan berteknologi tinggi, sistem logistik sejuk serta akses pasaran eksport.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Malaysia dijangka mampu menghasilkan satu juta tan metrik bahan api penerbangan mampan (SAF) menjelang 2028, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
21hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka bergerak mendatar dengan kecenderungan menaik dari segi permintaan dan harga minggu depan, didorong oleh musim tengkujuh dan hujan lebat di negara-negara pengeluar getah utama, menurut pakar industri Denis Low.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 6.0 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2025, mengekalkan momentum positif dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 11.4 peratus kepada 29,673 tan pada Oktober 2025 daripada 26,647 tan pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Sektor minyak sawit berada pada kedudukan yang baik untuk menembusi pasaran karbon, selepas menerapkan amalan kemampanan dan ekonomi kitaran merentasi rantaian nilainya, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani
23hari ago
SEREMBAN, 11 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan dari China dan India, masing-masing berjumlah RM2.71 bilion dan RM22.81 juta bagi tempoh 2020 hingga Jun lepas, berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
23hari ago
IPOH, 10 Dis (Bernama) -- Perak telah mewujudkan pangkalan tenaga boleh baharu (TBB) yang berpotensi besar untuk pengembangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Datuk Hamzah Hussin.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2026 akan dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan meskipun persekitaran permintaan bersih luar yang berubah-ubah, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar dijangka berkembang pada 4.5 peratus.