Terdapat 65 berita berdasarkan kata kunci carian "opec"

Harga Minyak Dijangka Raih Manfaat Daripada Penurunan Kadar Faedah Fed -- Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Harga minyak bakal meraih manfaat daripada penurunan terkini kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), yang dijangka meningkatkan sentimen permintaan global, kata syarikat penyelidikan tenaga bebas, Rystad Energy.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dalam kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah, Mencerminkan Pasaran Serantau Yang Lemah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, dengan sentimen diselubungi oleh ketidaktentuan pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan krisis geopolitik yang berterusan.

Keuntungan Bersih Petronas Turun 19 Peratus Kepada RM26.2 Bln Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) turun 19 peratus kepada RM26.2 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM32.4 bilion setahun sebelumnya, seiring dengan hasil yang lebih rendah.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini sejajar dengan aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Serantau Yang Bercampur-campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, diheret turun oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Kebimbangan Mengenai Bekalan Getah Asli Dorong SMR 20 Ditutup Tinggi

Oleh K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) ditutup tinggi hari ini berikutan kebimbangan mengenai bekalan getah asli dan optimisme terhadap peningkatan permintaan kenderaan, kata peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Jejaki Penyusutan Serantau, Penurunan Harga Minyak

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki penyusutan dalam niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Dasar BNM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu ini dengan jangkaan meningkat terhadap potensi penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Teruskan Momentum Mengukuh, Dolar AS Kekal Lemah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini, didorong oleh prestasi mata wang negara maju itu yang kekal lemah pada masa ini.

Harga Minyak Mentah Mungkin Naik US$85 Setong Berikutan Risiko Geopolitik

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Harga minyak mentah dijangka meningkat ke paras sekitar US$85 setong dalam jangka masa terdekat, dipacu oleh risiko dari segi bekalan yang berpunca daripada perkembangan geopolitik terkini, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.