BERITA TERKINI   Beras tempatan kini tersedia di pasar raya seluruh negara – Mohamad Sabu | PM Anwar seru pemimpin masyarakat bantu perjelas dasar dan kejayaan kerajaan | 

Terdapat 27 berita berdasarkan kata kunci carian "wef"

WEF 2025: Selatan Global Perlu Gesa Kepada Pembaharuan Struktur Antarabangsa - PM Anwar

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland) 22 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Selatan Global seperti BRICS perlu mengambil pendirian berikutan struktur kewangan antarabangsa melalui Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memerlukan pembaharuan.

ASEAN Tumpu Perkukuh Asas Dan Kerjasama Ekonomi, Tingkat Perdagangan - PM Anwar 

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland) 22 Jan (Bernama) -- Negara anggota ASEAN menumpu untuk mengukuhkan asas ekonomi, kerjasama dan meningkatkan perdagangan sesama anggota, yang setakat 2023, mencatatkan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak US$3.8 trilion (US$1=RM4.43)

Dasar Jelas Ekonomi Madani Bantu Malaysia Raih Pelaburan Utama Industri AI- PM Anwar

DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.

PM Anwar Akan Bertemu Pengasas WEF, Pimpin Sesi Pleno ASEAN Pada Akhir WEF 2025

DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Jadual padat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di hari terakhir Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 pada Rabu, akan dimulakan dengan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura Jalinan Kerjasama Luar Biasa - PM Anwar

DAVOS (Switzerland), 21 Jan (Bernama) - Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan satu langkah kerjasama yang luar biasa dan istimewa antara Malaysia dan negara jiran Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Bertemu Enam MNC Termasuk Google, Nestle Di Luar WEF 2025

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland), 21 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan daripada enam syarikat multinasional (MNC) termasuk AstraZeneca, Fortescue, DP World, Medtronics, Nestle dan Google.

Mesyuarat Perniagaan, Ekonomi Digital ASEAN Antara Agenda Padat PM Anwar Di Awal WEF 2025

DAVOS (Switzerland), 21 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan agenda padat hari pertama beliau di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini dengan menghadiri mesyuarat perniagaan bersama syarikat-syarikat multinasional.

PM Anwar Tiba Di Davos Untuk Hadiri Mesyuarat Tahunan WEF 2025

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland), 20 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Isnin untuk lawatan kerja selama tiga hari menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.

Tiada Jangka Masa Bagi Muktamadkan Rundingan FTA Malaysia-EU - PM Anwar

Daripada D.Arul Rajoo

BRUGES, (Belgium), 20 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) tidak menetapkan sebarang jangka masa untuk memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA).

PM Anwar Ketengah Agenda ASEAN Di Pentas WEF 2025

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland), 20 Jan (Bernama) -- Sejajar dengan peranan sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengetengahkan suara kolektif negara anggota blok itu di pentas dunia ketika menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini.