BERITA TERKINI   Pelakon veteran Jalil Hamid meninggal dunia di kediamannya 12.30 tengah hari tadi - Anak | KKDW laksana langkah penjimatan RM250 juta melalui pelarasan perbelanjaan - TPM Ahmad Zahid | Biodiesel B15 dijangka dikeluarkan mulai 1 Jun bagi membantu menurunkan harga diesel - TPM Ahmad Zahid | Langkah penyusunan semula perbelanjaan kerajaan tidak jejas sektor kritikal seperti kesihatan dan pendidikan - PM Anwar  | Konflik serantau di Asia Barat jejas keselamatan laluan maritim, tingkat kos penghantaran dan insurans - PM Anwar | 

Terdapat 329 berita berdasarkan kata kunci carian "uob"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Menjelang Keputusan Mesyuarat MPC

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini apabila belian pada saat-saat akhir mendorong indeks petunjuk utama mencapai paras tertinggi harian berikutan jangkaan pasaran bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada mesyuarat esok.

Saham Perladangan, Pembinaan Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam sentimen tidak menentu minggu depan menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

 

Saham Perladangan, Kadar FOMC Turun Imbang ketidaktentuan Menjelang Keputusan Pilihan Raya AS 

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Minat yang dijangka berterusan dalam saham perladangan ketika kenaikan harga minyak sawit mentah dan penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengimbangkan potensi turun naik berikutan pilihan raya AS, menstabilkan prestasi Bursa Malaysia minggu depan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Pilihan Raya AS

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran serantau ketika pilihan raya Amerika Syarikat semakin menghampiri dengan pungutan suara menunjukkan persaingan yang sangat sengit. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Enam Hari, Indeks Komposit Naik 0.29 Mata

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.

Sentimen Berhati-hati, Pemilihan Presiden AS Dorong Bursa Ditutup Rendah

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah dalam persekitaran berhati-hati berikutan minggu yang sarat dengan pengumuman data ekonomi serta kebimbangan berterusan mengenai pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dijangka Catat Dagangan Berjulat Kecil Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julat kecil minggu depan berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran rendahnya bagi hari kelima berturut-turut pada Jumaat apabila para pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengelak daripada melakukan sebarang pergerakan pasaran yang ketara, kata seorang penganalisis. 

Malaysia Jadi Penghubung BRICS Dan ASEAN Bagi Pacu Kerjasama

Oleh Abdul Hamid A.Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia yang dipilih antara rakan BRICS selain menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, kini menjadi penghubung dalam memperjuang daya tahan ekonomi serantau serta kerjasama antara kedua-dua blok berkenaan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini bagi hari keempat berturut-turut, seiring dengan pasaran serantau berikutan penjualan ekuiti global yang meluas, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, didorong oleh jangkaan pengeluaran dan paras stok yang lebih rendah di Malaysia dan Indonesia, kata seorang peniaga.