3hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
GENTING HIGHLANDS, 20 Mei (Bernama) -- Resorts World Genting (RWG) bekerjasama dengan Denza Sime Motors untuk memperkenalkan unit kenderaan elektrik (EV) ke dalam operasi Genting Highlands sebagai sebahagian daripada inisiatif kemampanannya.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Logam berharga seperti emas dan perak tetap memainkan peranan penting sebagai salah satu instrumen strategi pelaburan dalam lindung nilai ekonomi yang tidak menentu meskipun korelasi songsang antara mata wang dan pergerakan emas telah berubah terutamanya dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 menyasarkan kira-kira 200,000 pengunjung tahun ini, susulan pengembangannya melangkaui pameran automotif tradisonal kepada pameran mobiliti, teknologi dan gaya hidup yang lebih meluas.
3hari ago
ALOR SETAR, 20 Mei (Bernama) -- BDB Infra Sdn Bhd (BDB Infra) yang juga anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Bhd (BDB) memperoleh kontrak penyelenggaraan jalan negeri bernilai RM251.65 juta daripada kerajaan Kedah.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman apabila hasil bon melonjak susulan kebimbangan bahawa data inflasi yang tinggi baru-baru ini boleh mendorong Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sentimen dan persekitaran perniagaan di Malaysia dijangka bertambah baik menjelang 2026, menurut tinjauan yang dijalankan oleh Dewan Perdagangan & Perindustrian Jepun Malaysia (Jactim) serta Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.
4hari ago
KUALA LUMPUR,19 Mei (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd hari ini telah memperoleh kelulusan pemegang saham untuk cadangan penggabungan lima saham kepada satu pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan itu, dijangka disempurnakan pada awal Jun 2026.
4hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) mencerminkan peralihan yang lebih luas ke arah menggalakkan pelaburan yang menyumbang lebih bermakna demi keutamaan ekonomi jangka panjang Malaysia, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia mengharungi krisis minyak semasa dalam kedudukan yang kukuh, dengan unjuran pertumbuhan ekonominya dikekalkan pada 4.5 peratus bagi 2026, menurut Standard Chartered Bank (SCB) hari ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan lebih defensif susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak serta sentimen risiko serantau yang lemah.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat sebanyak 51 peratus kepada RM27.73 bilion pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2026 (S1 2026) daripada RM18.31 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
4hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu meningkatkan keupayaan serta menyesuaikan diri dengan persaingan global dan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang semakin meningkat di bawah Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) bagi memastikan mereka terus kekal dalam rantaian bekalan global, kata seorang ahli ekonomi.