11hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Rancangan kerajaan untuk meningkatkan mandat biodiesel kepada B15 dijangka menyediakan permintaan minyak sawit domestik yang lebih stabil, khususnya dalam tempoh permintaan global yang lemah atau ketika ketidaktentuan harga yang meningkat.
12hari ago
PELABUHAN KLANG, 18 April (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada isu mengenai kesesuaian penggunaan biodiesel khususnya B20 susulan spesifikasi enjin kenderaan menyokong bahan api itu sejak 2020.
13hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pembukaan semula Selat Hormuz dijangka memberi tekanan penurunan terhadap harga minyak global dalam tempoh terdekat dan meredakan segera kebimbangan bekalan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Market Education Dr Carmelo Ferlito.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia masih perlu mengimport minyak mentah walaupun mempunyai pengeluaran minyak sendiri kerana penggunaan dalam negara jauh lebih tinggi, iaitu kira-kira 700,000 tong sehari berbanding pengeluaran hanya 350,000 tong sehari, menurut Kementerian Kewangan (MOF) .
13hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada Sabtu mengesahkan bahawa kapal Ocean Thunder telah tiba di Malaysia, membawa satu juta tong minyak mentah dari Basrah, Iraq.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pasaran getah dijangka lengang dengan cenderung untuk bergerak mendatar dan lebih rendah pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low.
13hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.
14hari ago
PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Pelaksanaan kadar adunan biodiesel B15 akan dijalankan secara berperingkat untuk mengelak gangguan terhadap operasi industri sedia ada, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
14hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah yang terus menyokong sentimen pasaran, kata seorang peniaga.
15hari ago
PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) -- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese akan mengadakan perbincangan dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memacu kerjasama dalam bidang tenaga antara Malaysia dan Australia terutamanya dalam gas asli cecair (LNG), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
16hari ago
PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir akan mengadakan lawatan kerja ke sebuah premis di Selangor pada Sabtu ini bagi meninjau bahan asas yang digunakan dalam proses pengadunan biodiesel.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter kerana diesel bukan setakat bahan api bagi mereka malah juga nadi kehidupan untuk menjalankan aktiviti harian.