21jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh pengukuhan nilai ringgit, menurut seorang peniaga.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- KHPT Holdings Bhd (KHPT) telah mencadangkan pengambilalihan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Ngai Cheong Metal Industries Sdn Bhd (NCMI) dengan pertimbangan tunai sebanyak RM19.5 juta.
23jam ago
Daripada Fadzli Ramli
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) kini pada peringkat akhir untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan memuktamadkan perkongsian komprehensif dalam usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dan hubungan dua hala.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Malaysia perlu terus berwaspada dan memperkukuh daya tahan negara untuk berdepan ancaman siber baharu susulan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan dengan lebih tinggi pada Isnin walaupun pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) suram di tengah-tengah permintaan berterusan terhadap aset selamat berkenaan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) menerusi pemegang amanahnya Pacific Trustees Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat bagi cadangan pembelian Setapak Central pada harga RM435 juta.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, walaupun pasaran tunai mencatatkan prestasi hambar.
1hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Aktiviti jualan di saat-saat akhir mengheret Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir urus niaga Isnin, sekali gus melenyapkan peningkatan yang dicatatkan sepanjang sesi dagangan sebelumnya hari ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Malaysia tidak berhasrat untuk kekal hanya sebagai pengguna kecerdasan buatan (AI), sebaliknya berusaha membentuk kerjasama dengan rakan strategik bagi membangunkan keupayaaan dan bersaing dalam ekonomi digital global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan data positif dari China, kata peniaga.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Biodiesel perlu dilihat sebagai penampan tambahan kepada keselamatan tenaga berbanding lindung nilai yang kekal atau menyeluruh terhadap risiko diesel import, menurut CIMB Securities.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menggesa perniagaan tempatan supaya fokus terhadap pelaksanaan dan bukan sekadar cita-cita inovasi kerana kecerdasan buatan (AI) dan teknologi lain yang berkembang pesat memendekkan tempoh masa diperlukan untuk menukarkan idea kepada hasil praktikal yang sedia untuk pasaran.