Terdapat 62 berita berdasarkan kata kunci carian " genting"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Didorong Belian Semasa Harga Murah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Rabu, didorong pembelian semasa harga murah di seluruh papan, didahului kaunter berwajaran tinggi terutama melibatkan produk pengguna, telekomunikasi dan perladangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Petunjuk Tidak Menentu Dari Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Rabu, didorong petunjuk daripada Wall Street yang tidak menentu apabila pelabur menilai perkembangan terkini berkaitan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir Berikutan Pelabur Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikan awal ditutup rendah pada Selasa dipengaruhi jualan pada saat akhir dalam beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih apabila pelabur menjadi lebih berhati-hati di tengah-tengah aliran penurunan serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif semalaman Wall Street.

Harga Minyak Melonjak Susulan Laporan Serangan Israel Di Doha

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Harga minyak melonjak susulan laporan Doha, ibu negara Qatar, menjadi sasaran serangan udara Israel atas alasan menyasarkan pemimpin Hamas.

Tarik Lebih Banyak Pelaburan, Wujud Hab Logistik Sepanjang Laluan ECRL - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Kerajaan merancang untuk menarik lebih banyak pelaburan selain mewujudkan hab logistik serta taman perindustrian baharu di sepanjang laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Bursa Dibuka Hampir Mendatar Didorong Kebimbangan Berterusan Mengenai Tarif AS

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar pada Jumaat selepas prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur berikutan pelabur berhati-hati terhadap impak daripada tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Jualan Hartanah Genting Plantations Kukuh, Disokong Pembangunan JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Genting Plantations Bhd (GENP) mencatatkan jualan hartanah yang kukuh di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Nilai Kontrak Diperoleh Syarikat Tempatan Mencecah RM18.57 Bilion Dalam Projek ECRL

RAWANG, 1 Julai (Bernama) -- Nilai kontrak diperoleh syarikat tempatan menerusi penglibatan dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencecah RM18.57 bilion, mengatasi RM10.8 bilion yang disasarkan, kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Genting Plantations Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM61.25 Juta

KUALA LUMPUR, `28 Mei (Bernama) -- Genting Plantations Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM61.25 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding dengan RM42.83 juta yang direkodkan semasa tempoh yang sama tahun sebelum ini.

ASEAN-BAC Harap Pemimpin Akan Sokong 12 PED, Pesatkan Integrasi Ekonomi Serantau - Nazir

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) berharap para pemimpin ASEAN, yang akan bertemu bagi sidang kemuncak di sini akhir bulan ini, akan menyokong 12 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED).

CLSA Lancar Waran Berstruktur Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd (CLSA) hari ini secara rasminya melancarkan waran berstruktur di Bursa Malaysia Securities Sdn Bhd.