19hari ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka melepasi paras psikologi 1,700 pada minggu depan, didorong oleh sentimen lebih kukuh selain harga minyak lebih stabil, kata penganalisis.
19hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, seiring dengan pasaran tunai pendasar, kata peniaga.
20hari ago
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kerajaan mungkin perlu menyemak semula kedudukan kewangan dan peruntukan subsidi semasa sekiranya kos subsidi BUDI MADANI RON95 terus melonjak susulan tekanan krisis tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
21hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan harga selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis, disokong oleh aktiviti belian harga rendah dan pemulihan harga tenaga, kata seorang penganalisis.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Tan Sri Rozali Ismail akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dan bersara sebagai pengarah syarikat berkuat kuasa 30 Jun 2026.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Industri perbankan Islam Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh kedudukan modal dan kecairan yang kukuh, meskipun wujud ketidaktentuan di Asia Barat, menurut Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) dengan kerjasama Amanah Warisan Bhd (Awaris) hari ini melancarkan perkhidmatan penulisan wasiat Awaris menerusi aplikasi BIMB Mobile, sekali gus menawarkan kemudahan perancangan legasi secara digital kepada pelanggan.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd menawarkan bantuan kewangan bersasar bagi menyokong pelanggan yang berdepan tekanan kewangan sementara susulan ketidaktentuan global, termasuk perkembangan terkini di Asia Barat.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) berjaya menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek bernilai US$1.335 bilion merentasi lima tempoh, iaitu dua minggu, satu bulan, tiga bulan, enam bulan dan sembilan bulan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- RHB Banking Group terus memperkukuh komitmennya dalam meningkatkan kesejahteraan kewangan pelanggan menerusi pelancaran RHB Wealth Advance (RWA) dan Takaful mySmart Income Enhanced (MSIE).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah melancarkan Pelan Tindakan Sektor Kewangan (FSB) 2025 dan Laporan Kemampanan untuk Takaful hari ini, yang mendedahkan kemajuan industri dalam memajukan keterangkuman kewangan, kemampanan dan transformasi digital.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).