Terdapat 321 berita berdasarkan kata kunci carian " penjual"

Tune Protect, Ticket2U Tawar Ticket Refund Protection Dan Sports PA Di Indonesia

JAKARTA, 20 Nov (Bernama) -- Tune Protect Re (Tune Protect), unit insurans semula Tune Protect Group Bhd, mengembangkan kerjasama dengan Ticket2U, platform penjualan tiket di Asia Tenggara, ke Indonesia dengan pelancaran Ticket Refund Protection dan Sports Personal Accident (PA).

NuEnergy Peroleh Dua Kontrak Loji Solar Berskala Besar Di Sabah Berjumlah RM56.3 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- NuEnergy Holdings Bhd (NHB) telah memperoleh dua kontrak loji solar fotovoltaik berskala besar (LSSPV) di Sabah, bernilai RM56.3 juta. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia gagal mempertahankan kenaikan semalam yang menyebabkan ia ditutup rendah hari ini disebabkan pengambilan untung apabila penjualan ke atas saham wajaran tinggi terpilih meningkat dalam dua jam terakhir dagangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Saham Teknologi, Pembinaan

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, disokong minat belian dalam kaunter teknologi dan pembinaan, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street.

FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Belian Semasa Harga Murah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam walaupun prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Melantun Semula Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) --Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan kukuh minggu depan, dengan para peniaga menyasarkan lantunan semula dalam lingkungan US$4,160 hingga US$4,210 setiap auns troy.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Serantau Susulan Penurunan Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).

LAC Med Berhasrat Kumpul RM55.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Peranti perubatan dan penyedia penyelesaian bersepadu, LAC Med Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM55.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 10 Disember 2025. 

IPO Polymer Link Terlebih Langgan 48.74 Kali

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Polymer Link Holdings Bhd telah terlebih langgan sebanyak 48.74 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Nov.

Institusi Tempatan Teruskan Aliran Belian Dengan Belian Bersih RM280.7 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu kelima berturut-turut di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk sebanyak RM280.7 juta minggu lepas.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Jumaat selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, mencecah paras 4.17.

Bursa Malaysia, Pengawal Selia Perkukuh Kerjasama Tangani Risiko Penjualan Dana Asing

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dan pihak pengawal selia bekerjasama erat bagi memacu keberkesanan, kecergasan serta kemudahan akses pasaran bagi pelabur, termasuk pelabur asing bagi mengurangkan risiko penjualan dan penarikan dana dari pasaran saham.