Terdapat 4826 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor"

Momentum Pertumbuhan Malaysia Berterusan Pada Suku Pertama 2026 Di Sebalik Risiko Luaran - BNM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Penunjuk ekonomi Malaysia yang terkini menunjukkan momentum pertumbuhan yang berterusan pada suku pertama 2026, didorong oleh permintaan dalam negeri yang mampan dan pertumbuhan eksport yang kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

MIDA Perkukuh Ekosistem Semikonduktor Melalui Pembangunan Bakat

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang memperkukuh ekosistem semikonduktor Malaysia melalui tumpuan strategik ke atas pembangunan bakat, pembuatan pintar dan integrasi rantaian bekalan sempena SEMICON Southeast Asia (SEMICON SEA) 2026.

PUNB Kurangkan Kadar Keuntungan Pembiayaannya Untuk Bantu Usahawan

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) telah mengurangkan kadar keuntungan pembiayaannya di bawah skim PROSPER GROW kepada 3.5 peratus setahun daripada 5.0 hingga 6.75 peratus sebelum ini untuk membantu usahawan Bumiputera menghadapi peningkatan kos operasi. 

Pengamal Media Perlu Kuasai Kemahiran Keusahawanan Dan Pasaran – Ashwad Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pengamal media perlu melengkapkan diri dengan kemahiran keusahawanan serta kefahaman mendalam terhadap dinamik pasaran seiring usaha Malaysia memperkukuh ekosistem keusahawanan negara, kata Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ashwad Ismail.

Perlindungan Insurans, Takaful Bantu PMKS Kekal Tenaga Kerja - Sim

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perlindungan insurans dan takaful kepada pekerja adalah antara langkah penting untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan tenaga kerja, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong.

Saham Perbankan Pacu Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada dagangan tengah hari Khamis, dipacu oleh minat belian baharu terhadap saham perbankan dan kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Pengumuman OPR

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh minat belian dalam saham perbankan dan kewangan menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, sejajar dengan peningkatan semalaman di Wall Street.

Azizan Jaafar Dilantik CEO Baharu VentureTECH

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- VentureTECH Sdn Bhd melantik Azizan Jaafar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Yayasan Sabah Lakar Sejarah, Catat Untung Sebelum Cukai RM683 Juta Bagi 2025

KOTA KINABALU, 6 Mei (Bernama) -- Kumpulan Yayasan Sabah melakar pencapaian bersejarah bagi 2025 apabila merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM683 juta, meningkat 17 peratus daripada RM586 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang semakin mereda telah melonjakkan sentimen pasaran secara keseluruhan dan menggalakkan minat risiko yang lebih luas merentasi ekuiti serantau, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Sedikit Dipengaruhi Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah sedikit pada Rabu, dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik yang berlarutan susulan konflik di Asia Barat, meskipun berlaku aliran meningkat dalam niaga hadapan getah serantau.

NIF Cetus Anjakan Paradigma Strategi Pelaburan Dalam Sektor Perkilangan Negara

ISKANDAR PUTERI, 6 Mei (Bernama) -- Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) yang diperkenalkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan berkuat kuasa pada 1 Mac lepas menjadi titik perubahan penting dalam pendekatan negara terhadap strategi pelaburan sektor perkilangan.