Terdapat 393 berita berdasarkan kata kunci carian " memeterai"

U Mobile, Huawei Bekerjasama Percepat Penggunaan 5G Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- U Mobile and Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk mempromosikan penggunaan dan mengkomersialkan X2B, iaitu aplikasi, penyelesaian dan perkhidmatan pintar yang dikuasakan 5G kepada perniagaan di Malaysia.

Strategi Pelaburan Baharu LTAT Jana Pertumbuhan, Sokong Komitmen Persaraan - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Perjanjian jual beli (SPA) ditandatangani Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah sejajar dengan strategi pelaburan semula jangka masa panjangnya, menekankan peningkatan pulangan dan memastikan pertumbuhan kewangan yang mampan, kata pakar ekonomi Prof Dr Geoffrey Williams.

Malaysia Dan Indonesia Baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala

JAKARTA, 28 Sept (Bernama) -- Pembaharuan Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala (LCBSA) antara Malaysia dan Indonesia membolehkan pertukaran mata wang tempatan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) bernilai hingga RM24 bilion atau IDR82 trilion untuk tempoh lima tahun.

 

Unit MAG Dapat Kontrak, Kerjasama Di Acara MRO Asia Pasifik 2024

SINGAPURA, 26 Sept (Bernama) -- MAB Engineering Services (MABES), anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG), memperoleh kontrak dan kerjasama penting pada MRO Asia-Pasifik 2024.

MARIC Lancar Direktori Rel Pertama Malaysia Di Berlin

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) telah melancarkan Direktori Industri Rel Malaysia yang pertama semasa majlis perasmian InnoTrans 2024 di Berlin, Jerman pada Selasa.

EPB Group Beli Tanah Bernilai RM22.49 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Anak syarikat EPB Group Bhd, Easy Pack Machinery Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Penang Development Corporation untuk pengambilan tanah perindustrian yang terletak di Plot P23B, Penang Science Park North. 

Mycron Steel Meterai MoU dengan Pengeluar Keluli Jepun JFE Steel

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Mycron Steel Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan pengeluar keluli Jepun JFE Steel Corporation bagi memacu penggunaan penyelesaian keluli hijau di Malaysia.

Capital A, PT Garuda Indonesia Labur US$12 Juta Jalin Kerjasama Dalam MRO Peralatan Pendaratan

Daripada Soraya Jamal

BALI, 18 Sept (Bernama) --  Anak syarikat Capital A Bhd, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) dan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF) memeterai kerjasama strategik bagi perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) peralatan pendaratan baharu dengan gabungan pelaburan berjumlah US$12 juta (US$1 = RM4.25).

Perak Teroka Pasaran Halal Global - Menteri Besar

IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) hari ini memeterai perjanjian usaha sama dengan  pengeluar produk gelatin halal terkemuka dunia, Leiner Gelatine Sdn Bhd.