Terdapat 1763 berita berdasarkan kata kunci carian " sis"

Usahawan Melayu Digesa Perkasa Perniagaan Melalui Platform Digital -INSKEN

IPOH, 19 April (Bernama) -- Usahawan Melayu digesa memperkasa perniagaan melalui medium digital susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat ketika ini, kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Datuk Mustaffa Kamil Ayub.

 

Kerajaan Peruntuk RM28.8 Juta Untuk Pembangunan Industri Halal - Mohd Shahar

KUANTAN, 18 April (Bernama) -- Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah. 

Malaysia Terus Pacu Peralihan Tenaga Boleh Baharu, Integrasi Tenaga Serantau - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia akan terus beralih ke arah tenaga boleh baharu (RE) dan mengekalkan asas stabil dalam sistem tenaga yang akan menjadi peneraju kestabilan negara pada masa depan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Inflasi Mac Pada 1.7 Peratus Kekal Terkawal, Bersifat Sementara - Ahli Ekonomi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.

Zetrix AI Meterai Perjanjian Pelantikan Skim Pekerjaan Sendiri Perkeso

KUALA LUMPUR, 16 April  (Bernama) -- Zetrix AI Bhd memeterai perjanjian pelantikan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membolehkannya bertindak sebagai ejen Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Malaysia Berpotensi Besar Rebut Pemindahan Teknologi Global Susulan Ketegangan Asia Barat – MIER

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) – Syarikat teknologi global kini giat mencari lokasi baharu untuk memindahkan operasi mereka ke Asia, sekali gus meletakkan Malaysia pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan trend tersebut susulan ketidaktentuan geopolitik berterusan di Asia Barat.

Felda, FGV Teroka Semula Peranan Minyak Sawit, Ubah Sisa Kepada Kekayaan

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV Holdings Bhd sedang meneroka semula peranan minyak sawit dalam ekonomi masa depan Malaysia, dipacu kecanggihan teknologi, dengan menilai produk sampingan minyak sawit sebagai sumber strategik dan bukan lagi sisa tradisional.

LGM Sita Empat Tan Sarung Tangan Getah Haram Bernilai RM20,000 Di Puchong

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) menyita kira-kira empat tan sarung tangan getah dianggarkan bernilai RM20,000, dipercayai diproses dan diperdagangkan tanpa permit dalam satu operasi bersepadu di sebuah premis di Puchong, Selangor.

AZEC : Malaysia Komited Perkukuh Kerjasama Serantau Bagi Kestabilan Bekalan Tenaga -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited dalam usaha memperkukuh kerjasama serantau menerusi Asia Zero Emission Community (AZEC) atau Pemimpin-Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia bagi memastikan bekalan tenaga stabil, mencukupi serta berdaya tahan.

MTDC Sasar 10 Syarikat Semikonduktor Terbaik Sertai SemiconStart Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menyasarkan untuk mengenal pasti 10 syarikat semikonduktor terbaik bagi menyertai tahun pertama program SemiconStart Malaysia.

Malaysia Perkukuh Ekosistem Semikonduktor Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh ekosistem semikonduktornya di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik, memandangkan komponen itu kini disifatkan sebagai kepentingan negara.

5E Resources Sasar Pertumbuhan Daripada Pelaksanaan Biodiesel B15

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pengurusan sisa, 5E Resources Holdings Bhd bersedia untuk memanfaatkan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar campuran biodiesel kepada B15 dengan menjangkakan peningkatan penjanaan sisa daripada industri biodiesel untuk menyokong pertumbuhannya.